May 07, 2015

Pergi TM Nak Terminate Streamyx...TM Tak Bagi

Lucu kan? Tak lucu pun. Syok sendiri punya pertanyaan.

OK, ringkaskan cerita. Dah lebih seminggu aku bermastautin di Seri Kembangan. Malah cuti Labour Day dan Wesak Day baru ni aku balik Jengka 16 dan Merapoh dari rumah di Seri Kembangan. Kiranya, seronok aku rasa sebab lebih dekat dengan MMU Cyberjaya. Lebih jimat minyak dan tiada tol. Heavy traffic, memang tak boleh elak. Duduk dimana² bandar atau pekan pun tetap jem.


Berbalik kisah Streamyx. Minggu lepas hari Isnin, 27 April 2015, aku ke TMpoint Cyberjaya. Memaklumkan untuk pindah streamyx. Hari selasa 28 April, TM hantar kontraktor upahan mereka, encik Mutusamy (bukan nama sebenar) datang kerumah aku untuk pasang Streamyx. Malangnya, encik Mutusamy ni tak pandai gamaknya?

Langsung tak ok streamyx aku. Malah sampai patah penutup connection USB laptop aku. Yang selama ini laptop tersebut cantik tiada cacat-cela. Dia janji nak datang hari rabu esokkannya untuk betulkan streamyx yang dia cakap dah ok tu, tetiba bila aku dah bayar dia boleh cakap streamyx masih belum ok pula. Tapi, jangan kata datang telefon pun tidak!

Aku tak puas hati sebab aku dah bayar RM50. Mutusamy tu charge RM50, walhal tak ada sebarang wayar pun dia sambung. TM beritahu, kalau tiada apa² hanya RM30. OK, fine. Aku tak kisah pasal duit tu, yg penting streamyx aku ok. Malangnya, sehingga saat ini streamyx aku masih belum ok. Hanya telefon rumah saja yg ok. Bila aku col tanya Mutusamy, dia cakap TM yg problem. Bila aku call TM, TM cakap patutnya kontraktor yang selesaikan masalah tu.

Memandangkan dah terlalu geram dan menyampah dengan service Telekom Berhad ni (nama penuh kau), aku pun pergi TMpoint sebentar tadi, dan submit form untuk terminate Streamyx dan nombor telefon rumah.

Beberapa lama staff Telekom merenung komputernya ketika menyelesaikan permohonan aku, akhirnya dia mendapatkan kawannya. Lalu mereka berdua memujukku dan menyatakan pihak TM akan selesaikan masalah aku, dan jangan terminate dulu. 'Last options' kata mereka, kalau tak berjaya juga baru terminate. Aku bersetuju, sebab malas nak panjang cerita. Yang aku tahu, kalau minggu ni tak berjaya juga, Insyaa Allah minggu depan aku muktamad untuk terminate. Jimat duit aku.


Modem wifi

Aku tak marah staff Telekom, sebab mereka melayan aku dengan baik pada setiapkali aku ke TMpoint, malah menjawab panggilan aku hampir setiap hari dengan baik dan mesra. Aku cuma kecewa dengan Mutusamy kontraktor upahan mereka. Buat kerja sangat mengecewakan. Dan nampak sangat tak pandainya. Sesuka hati dia ubah wifi aku dari WPA2-PSK kepada WEP. Aku dah start tak puas hati. Lepas tu langsung tak boleh connect to internet.

Tak seperti masa aku pasang streamyx di Kajang dulu, Encik Mamat sangat jujur dan telus, kerja pun excellent. Dia sendiri masukkan password yg aku mahukan. Aku sendiri hulurkan RM50 padanya sebagai saguhati. Walaupun dia tak minta, sebab katanya aku tak perlu bayar apa² padanya selain upah pemasangan. Tapi aku hulur juga sebagai tanda terima kasih aku padanya. Kiranya duit minum kopi dia saja.

Pointnya disini, pengalaman atau proses pemindahan streamyx yang aku lalui kini memang sangat buruk dan teruk. Bukan sekadar omongon ngeri kisah dari blog atau forum yang aku baca dulu, nah, aku sendiri mengalaminya. TM seharusnya lebih peka dan prihatin ambil kontraktor yang lebih layak dan berkebolehan membuat kerja pemasangan streamyx tersebut. Bukan hanya tangkap muat saja, hingga mencalar imej TM.

No comments: