May 30, 2015

Penemuan Mayat Bawah Lantai Rumah Teres di Kepong

Kejadian ini mengingatkan aku kisah yg berlaku disebuah negara middle east yg disampaikan oleh Ustaz Ahmad Zainuddin dari Indonesia tentang kisah seorang isteri yg membunuh pembantu rumah akibat salah sangka dan cemburu buta terhadap suaminya.

Gambar Hiasan

Suaminya yg menyintai isteri lalu memutuskan untuk sama2 melupuskan mayat dan bukti pembunuhan yg dilakukan isterinya itu dengan menanam mayat wanita tersebut didinding rumah sewa mereka. Selepas itu mereka berpindah.

Tidak lama kemudian tuan rumah tersebut ingin melakukan renovation dan memecahkan dinding rumah tersebut, terkejut bila menemukan rangka mayat tersebut. Akhirnya, hasil cemburu buta tersebut wanita dan suaminya itu meringkuk didalam penjara dan terpisah dari anak2 mereka.

Berita dibawah yg aku ambil dari metro tidak dipastikan pula siapakah yg membunuh dan apakah puncanya? Semoga penjenayah tersebut akan ditangkap dan menerima pembalasan yg sewajarnya.

Kuala Lumpur: Polis menemui satu mayat yang disimen dan mereput di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong di sini, tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh anak perempuan pemilik rumah berkenaan yang hendak melakukan pengubahsuaian selepas rumah itu dikosongkan sebulan lalu.

"Sebelum ini, rumah itu disewa sebuah keluarga warga tempatan yang menghilangkan diri bulan lalu selepas tidak membayar sewa.

"Pemilik rumah yang sedang membersihkan rumah itu terhidu bau busuk di bahagian dapur dan meminta tukang rumah mengorek di bahagian lantai sebelum menemui mayat yang dibungkus dengan plastik putih," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, identiti mayat itu tidak dapat dikenal pasti kerana mereput dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui. Ali berkata, mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Katanya, polis masih menjejaki penyewa lama rumah berkenaan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 1:00 AM

No comments: