May 15, 2015

Sebak Dan Sedih Hatiku....

Penat dan mengantuk! Patutnya waktu ni aku dah tidur, sebab keletihan. Balik dari kerja terus ke Semenyih rumah kakakku, dan lepas Isyak aku balik ke rumah Seri Kembangan ni. Dari MMU Cyberjaya ke Semenyih aku drive lebih satu jam. Jem dan jauh. Sebelum pukul 6 keluar dari office dan sampai rumah kakak aku pukul 7 lebih. Kat situ dah penat atas jalan saja.


Ayin anak kakakku, semacam merajuk bila aku katakan nak balik ke rumah. Bila nampak saja nenek bawa barang dan cakap nak balik, dia terus menangis. Aku ambil mak bawa balik ke Seri Kembangan.

Sedih perasaan aku bila tengok emak yg keletihan menjaga kakak aku yg mengandung anak kedua tu (Insyaallah). Walaupun mak tak cakap dia penat, tapi aku tahu dia sangat penat. Hati aku sebak setiapkali menatap wajah ibuku. Lebih pedih bila tengok kakakku yg melepek tak bermaya macam kain buruk. Masa mengandungkan Ayin dulu pun sama, berbulan-bulan menanggung ujian keluar masuk hospital dan diawasi pakar. Semoga kandungan kali ini kakakku lebih kuat, semoga dia dan kandungannya sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Memandang sayu wajah ayin anak saudaraku, aku tahu dia pasti merasakan kurang belaian mummynya. Seolah2 faham mummy tidak sihat, lalu tak banyak karenah. Malah untuk pertama kalinya Ayin tidur dengan aku minggu lepas masa aku tidur di Semenyih. Sebelum ni mana pernah dia berjauhan dengan mummynya, apatah lagi berasing tidur. Itupun pukul 4.20 pagi dia terjaga nak tidur dibilik mummy....aku hantar Ayin ke bilik kakakku. Nampak saja kakakku bangun untuk mendapatkan Ayin, Ayin terus menangis. Sedih tidur berjauhan dari mummy agaknya.

Kalau tak kerana emakku, kakak, ayin, dan adik lelaki aku yg tinggal bersama kakakku, memang aku takkan pergi Semenyih tu. Mengenangkan insan-insan yg aku sayang ni lalu aku gagahkan diri untuk selalu berkunjung menemui kakak, adik, dan anak saudara aku tu.

Ayin, Ayil dan Ayish (Ayil dan Ayish anak adik lelaki ku yg seorang lagi, duduk di Pahang) tiga2 tu memang buah hati dan kesayangan aku. Yerlah, kata ibu-bapa mereka aku belum ada anak sendiri. Insyaallah, walaupun ada anak sendiri mereka bertiga (Insyaallah berempat pula) tetap kesayanganku. Aku sayang mereka sebab merekalah buah hati aku.

Oklah, mata dah terlalu mengantuk. Sekian, luahan hati untuk malam ini. Ayat pun ala-ala kelab kebudayaan kesusasteraan melayu lama.

No comments: