May 08, 2015

Streamyx Rumahku Sudah Pulih

Alhamdulillah, pagi semalam aku ke TMpoint Cyberjaya untuk terminate Streamyx, petang semalam juga pihak kontraktor TM datang betulkan dan semalam juga dah boleh guna streamyx rumah seperti biasa.

Puan Milokaw Puan/Encik Bulus Penat dan mengantuk. Jantina tak dapat dikenal-pasti. Kemungkinan 'jantan, melalui air muka dan raut wajahnya.

Cepat dan efisien kan? TM tak setuju aku nak terminate....cepat2 mereka selesaikan masalah tersebut.

Aku berterima kasih pada semua TMpoint staff yang membantu. Terima kasih juga pada Encik Murugan (bukan nama sebenar) yg membantu membetulkan streamyx aku ni.

Encik Murugan ni satu team dengan Encik Muniandy yg aku ceritakan dan tak puas hati dalam artikel sebelum ini. Ternyata dia memang excellent melakukan kerjanya. Tak ambil masa lama untuk membetulkan streamyx yg gagal di install oleh Encik Muniandy.

Aku tak nak mengomel panjang2....mata pun dah mengantuk. Semalam pun tidur awal. Insyaa Allah panjang umur murah rezeki kita bertemu lagi dilain lembaran. Semoga aku rajin update blog, memandangkan semua urusan pindah rumah kemas-mengemas 99% telah selesai dilakukan. Jadi, bolehlah concentrate dgn blog dan clixsense income online aku. :)

Note: Maaf, nama dlm artikel sebelum ini adalah Encik Mutusamy, bukan Muniandy. Tak hingat. Kedua2nya adalah orang yg sama aku maksudkan dan bukan nama sebenar.

No comments: