June 02, 2015

Diugut Bunuh Kerana Memeluk Islam

Kisah saudara baru ini dipetik dari laman facebook Sukanstar. Tertarik untuk aku kongsikan disini, semoga kita mendapat pengajaran dari kisah ini serta mendoakan saudara Adam Haris, atau Kumar nama sebelum memeluk Islam. Semoga dia tabah menghadapi ujian hidup setelah bergelar muslim, semoga kita tidak berputus asa mengharungi ujian Allah hingga kita kembali padaNya. Insyaa Allah.

Saudara Adam Haris

(Sukanstar) Dipetik dari FB Hasrul Hamimie

Nama dia Adam haris. Nama lama dia kumar. Saya jumpa di tahfiz mutqan sebab dia buat contruction untuk kantin sekolah di kawasan masjid al falah lama. Ajak dia berborak. Baru 7 bulan jadi saudara baru islam dan baru beberapa minggu kena halau daripada rumah sebab family dia tak terima dia masuk islam. Siap ugut bunuh lagi. Kerja dulu sebagai bar manager di sebuah club malam di bukit bintang. Masa tu gaji boleh hingga 2k sehari. Pernah 2 kali cuba bunuh diri dengan minum racun tapi Allah masih sayangkan dia.

Rasa kagum dengar cerita dia. Bekas student Um, diploma, degree dan master dalam bidang perhotelan. Sekarang kerja buruh rumah untuk sementara waktu kerana semua sijil disekat keluarga. Pernah kerja kat mydin sebelum ini. Selama hidup dan kerja di bar, tak pernah minum arak.

Dia menceritakan, mengalir air mata dengan keadaan sekarang tapi dia bagitahu hidup lebih tenang. Tiada banyak yang boleh saya nasihatkan selain bersabar dan bawakan kisah sahabat nabi, saad bin abi waqas.

Moga kita yang islam akan lebih menghargai islam.

P/s : sape2 boleh tolong untuk beliau dapatkan balik sijil2 beliau boleh bagitahu caranya. Bantu ape2 yang patut.

No comments: