August 19, 2015

Aku Rindu Kamu

Haaii...fuuhh..fuhh. Tiup habuk dan debu yg menebal di Milokaw ini sebab lama tak berupdate. Dah boleh buat bedak. Nampak tak kemalasan disitu? Ya..aku dilanda kemalasan yg amat dasyat sekali untuk mengupdate blog. Ini pun kerana rindu pada pembaca Milokaw yg sengaja mahupun tidak sengaja menjengah blog ini. Terima kasih juga pada readers dari negara jiran yg sudi bertandang ke blog ku.

Gambar hiasan

Dah lama tak mengarang buntu rasanya nak mulakan dari mana? Terlalu banyak cerita dan kisah yang tak terkongsikan. Ramadan dan Syawal baru saja berlalu, nak ucapkan Selamat Hari Raya pun dah masuk bulan Zulkaedah. Terlalu pantas masa berlalu. Rasanya baru semalam saja berpuasa dan berhari raya. Itulah dunia akhir zaman, antara tanda² kecil kiamat masa pantas beredar. Manusia terlalu disibukkan oleh urusan dunia.

Buat masa ni tiada apa yg nak aku coretkan panjang-lebar sebab masih kekontangan idea. Terlalu byk cerita pun payah juga nak buat pilihan. Insyaa Allah apabila mood rajin datang disertai semangat akan aku coretkan bingkisan yg menarik di Milokaw ni. (Apa?? Menarik??)

No comments: