January 28, 2016

Mengapa Isteri Dingin Seks

Maaf kalau topik ni agak sensitif dan mengganggu minda para pembaca. Dibawah adalah beberapa sebab dan punca utama mengapa isteri dingin seks atau bahasa mudah malas melayan suami. Tidak bersemangat dan tidak ghairah. Malah seolah² sekadar melepas batuk ditangga dalam melayan keinginan suami. Asalkan suami cepat² selesai menunaikan hajatnya, isteri tak puas pun tak apa. Sebab bosan nak layan.


Perkongsian ni adalah melalui apa yg Pn.Milokaw baca di internet, dan juga pengalaman orang² yg boleh dipercayai. Diharap ilmu ni bermanfaat kepada para suami, agar memperhatikan bagaimana diri anda dalam melayan isteri. Adakah semata² hanya untuk kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan isteri? Ataukah memang berusaha untuk sama² memuaskan hati isteri.

January 21, 2016

Aku Digigit Tebuan

Nasib baik tebuan kan? Tapi sakitnya, hampir seminggu juga lah aku jalan terhincut-hincut akibat kaki bengkak. Parutnya masih ada hingga kini....

Tebuan hiasan

Kisah bermula ketika aku baru menginjak sekolah menengah, waktu tu aku dah duduk di Jengka 16. Tapi pada masa cuti sekolah aku selalu balik Merapoh sempena cuti sekolah. Horaayyy!! (Macam tulah perasaannya bila setiap kali cuti sekolah dan balik kampung). Paling anti bunyi jam loceng waktu pagi hari bersekolah. Off topic.

January 20, 2016

Suami Potong Hidung Isteri Ketika Bertengkar

Nampaknya dunia manusia semakin kejam? Atau memang dari dulu lagi kejam. Jika tadi isteri memotong kemaluan suami di Malaysia, manakala berita suami memotong hidung isteri ini pula berlaku di luar negara. Semoga Allah SWT menjauhkan kita semua dari perbalahan dan pertengkaran yg sebegini.

Gambar dan berita - Sinarharian

FARYAB - AFGHANISTAN. Seorang suami bertindak memotong hidung isterinya yang berumur 20 tahun ketika sedang bergaduh, kelmarin.

Tak Tahan Ganas Isteri Potong Kemaluan Suami

Berang dengan sikap suaminya yg selalu melakukan seks ganas terhadapnya, seorang suami menerima padah apabila wanita tersebut mengambil tindakan kejam dengan memotong alat sulit suaminya. Itulah, nak bersama pun mesti ada adab dan ilmu. Ingat haiwan ke main terjah saja? Isteri pun ada perasaan. Eh, aku pulak yang emo. Sedap tak kena potong? Mungkin dah lama bersabar.

BATU KIKIR: Seorang wanita tempatan yang tidak tahan kerap diperlakukan dengan kasar ketika hubungan seks bertindak nekad memotong kemaluan suaminya, seorang warga Pakistan, awal pagi tadi.

January 18, 2016

Keringnya Tasik Tanda Keluarnya Dajjal

Ada dengar ceramah dari beberapa ustaz dari Malaysia dan Indonesia mengenai kedatangan Dajjal ini. Salah satunya adalah keringnya air Tasik Tiberias atau Laut Galilee / Kinneret (gambar). Gambar ini adalah tahun 2014, bagaimana dengan tahun 2016 sekarang? Semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua dari fitnah dajjal. Fitnah terbesar selain fitnah kubur (siksaan kubur).

January 15, 2016

Rayani Air Indah Khabar Indah Rupa

First time naik Rayani Air Pepatah Melayu berkata "Indah Khabar dari Rupa" namun ia tak sesuai untuk Rayani Air. Yang sesuai adalah "Seindah Khabar dan Seindah Rupa" dan Memang hebat.

 Encik Azli tersenyum gembira

Cabin Crew yg berpakaian sopan menyambut kami dengan salam dan senyuman. Sgt sopan dan sejuk mata memandang. Saya yg mmg batuk telah disapa oleh seorang cabin crew wanita dgn sopan sambil menawarkan air kosong utk mengurangkan batuk saya.

Disangka Gelandangan Rupanya Pensyarah


Seluar lusuh, berjambang, butang baju dada terbuka dan berselipar sudah cukup menggambarkan dia seperti seorang jalanan yang kurang aqal. Jumpa pula di stesen ktm kuala lumpur, sah dia gelandangan! Meleset...
Sedang aku masuk gate ktm dia berenti berjalan dan tegur aku dengan bahasa inggeris fasih sekali.

 Dr. Saiful Ad-Daulah dan Amir Zuhair

Cuak aku ingat seorang gila yang menegur. Selepas pandang betul-betul wajah beliau, masyaAllah Dr. Saiful Ad-Daulah. Pensyarah i'jazul quraan fakulti quraan dan sunnah. Beliau yang ingin ke port klang mengambil bagasi2 untuk dibawa pulang ke khartoum.

January 14, 2016

Enam Terbunuh Siri Letupan di Jakarta

JAKARTA - INDONESIA. Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala beberapa lagi termasuk anggota polis cedera dalam siri letupan berhampiran Sarinah Mall di Jalan MH Thamrin pagi tadi.

Gambar: Sumber berita & antaranews.com

Ketua Bahagian Hubungan Manusia Polis Republik Indonesia, Anton Charliyan berkata, setakat ini enam disahkan maut iaitu tiga anggota polis dan tiga orang awam dalam serangan berhampiran Restoran Starbuck di Sarinah Mall kira-kira jam 10.50 pagi waktu tempatan.

January 13, 2016

Hal Remeh-Temeh Punca Cerai

Keratan dibawah yg diambil dari facebook. Kelihatan hanyalah hal remeh-temeh tapi kesannya amat mendalam kepada kerukunan rumahtangga. Janganlah memandang 'enteng' atau mudah pada sesuatu perkara yg kita lakukan agar tidak menyakiti hati dan perasaan pasangan kita.