January 21, 2016

Aku Digigit Tebuan

Nasib baik tebuan kan? Tapi sakitnya, hampir seminggu juga lah aku jalan terhincut-hincut akibat kaki bengkak. Parutnya masih ada hingga kini....

Tebuan hiasan

Kisah bermula ketika aku baru menginjak sekolah menengah, waktu tu aku dah duduk di Jengka 16. Tapi pada masa cuti sekolah aku selalu balik Merapoh sempena cuti sekolah. Horaayyy!! (Macam tulah perasaannya bila setiap kali cuti sekolah dan balik kampung). Paling anti bunyi jam loceng waktu pagi hari bersekolah. Off topic.

Seperti biasa, bila dah balik kampung aktiviti utama adalah mandi sungai. Sungai mana lagi, kalau bukan Sungai Relau Merapoh. Ok, masa tu free lagi tanpa sebarang bayaran. Kalau sekarang, 20 orang yg pergi sungai, alamatnya RM20 lah kena bayar. Kami biasa pergi beramai², selalu lebih sepuluh orang. Habis di angkut satu family.

Kali ni aku pergi naik motor dengan mak saudara aku. Merangkap macam best friend lah kiranya. Aku duduk belakang sebab tak pandai bawak motor. Ketika balik dari sungai dalam perjalanan menaiki motorsikal tu tetiba kaki sebelah kiriku terasa sakit dan bisa, sebaik aku menoleh ada seekor tebuan hitam sedang enak menggigit dan melekat kat kaki aku yg hanya berseluar paras lutut?

Aku akui masa zaman sebelum akil-baligh aku selalu berseluar pendek, macam budak lelaki. Sebab kawan² dan family aku pun ramai lelaki seusia aku. Bila nak masuk darjah 5-6 baru aku berubah sedikit demi sedikit. Jadi, bila naik sekolah menengah diawal² tu aku masih jahil bab berpakaian. Aku rasa ok jer pakai seluar pendek mandi sungai. Rupa²nya itu bukanlah pemakaian yg baik. Memang patutlah aku digigit tebuan.

Tebuan tersebut tak mahu melepaskan gigitan tersebut, aku menepis tebuan tersebut sehingga beliau tercampak melayang bersama angin. Sambil tu aku menahan kesakitan. Sesampai dirumah kaki aku dah mula kelihatan merah. Malam tu mula membengkak. Patutnya esok-lusa tu aku kena balik jengka sebab cuti sekolah dah nak habis. Tapi kaki aku membengkak dan tak boleh berjalan. Untuk dua-tiga hari tu aku berubat dan terincut-incut membawa kaki yg kesakitan dan terpaksa batalkan rancangan untuk balik ke jengka. Terpaksa menunggu kaki sembuh.

Pengajaran yg aku dapat dari gigitan tebuan tersebut, masa atas motor hati aku terdetik 'ni balasan sebab kau pakai seluar pendek masa mandi sungai tadi. Dahla lelaki ramai kat sungai tadi.' Allah SWT bagi cash kat aku.

Parutnya hingga sekarang masih ada walaupun kecik dan dah tak jelas kelihatan macam masa mula² kena. Tapi tetap ada. Setiapkali terlihat parut tu aku akan teringat peristiwa digigit tebuan ni.....nasib baik tebuan yg gigit. Bukan ular. Dan selepas tu aku serik pakai seluar pendek keluar rumah mahupun mandi sungai...

No comments: