January 15, 2016

Rayani Air Indah Khabar Indah Rupa

First time naik Rayani Air Pepatah Melayu berkata "Indah Khabar dari Rupa" namun ia tak sesuai untuk Rayani Air. Yang sesuai adalah "Seindah Khabar dan Seindah Rupa" dan Memang hebat.

 Encik Azli tersenyum gembira

Cabin Crew yg berpakaian sopan menyambut kami dengan salam dan senyuman. Sgt sopan dan sejuk mata memandang. Saya yg mmg batuk telah disapa oleh seorang cabin crew wanita dgn sopan sambil menawarkan air kosong utk mengurangkan batuk saya.

Lagi: Gambar yg dikongsi Encik Azli

Anak2 kecil juga dihadiahkan cup cake dgn penuh kasih sayjuga Setiap pengumuman dimulakan dgn salam dan yg amat mengharukan apabila DOA dibacakan oleh kapten sebelum berlepas. Makanan ringan yg dihidangkan secara percuma juga amat menarik apabila setiap penumpang diberikan satu kotak yg berisi air epal mcm pek ribena serta satu pek kacang dan satu cup cake.

wah ini lebih bagus dari MAS !!!! Pendek kata service yg diberi oleh penerbangan Rayani Air adalah yg terbaik utk katagori penerbangan Domestik.

Cuma Sayang penumpang tidak full board mgkn kerana tidak tahu bahawa @Rayani Sudah membuka jualan tiket onlinenya. Saya membeli secara online dgn Harga RM70 utk penerbangan dari KL ke KB. Tahniah Rayani Air dan cabin crews terutama Cik Norhidayah yg sgt baik hati dan suka membantu.

Sumber: Fb Azli Ibrahim


Ramai²lah kita menyokong Syarikat Rayani Air ini. Walaupun pemiliknya adalah pasangan India  yang bukan beragama Islam, tapi keterbukaan mereka untuk menjalankan bisnes penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia ini mestilah disokong 100% oleh kita khususnya yg beragama Islam. Semoga maju-jaya diucapkan kpd Rayani Air. Saya (Puan Milokaw) pun berhajat untuk menaiki penerbangan ini satu hari nanti, Insyaa Allah.

No comments: