January 13, 2016

Hal Remeh-Temeh Punca Cerai

Keratan dibawah yg diambil dari facebook. Kelihatan hanyalah hal remeh-temeh tapi kesannya amat mendalam kepada kerukunan rumahtangga. Janganlah memandang 'enteng' atau mudah pada sesuatu perkara yg kita lakukan agar tidak menyakiti hati dan perasaan pasangan kita.

Sekian. Puan Milokaw melaporkan. Jangan marah. Dah lama x mengarang dalam blog ni... :)


Update: Dibawah adalah komen dari Dr. Zaharuddin Abd Rahman Berkenaan hal ini.

Penceraian yang terhasil akibat perkara remeh biasanya lahir dari perkara yang besar iaitu, suami isteri tidak solat dan TIDAK mencantikkan amalan FARDHU, GERSANG PULA DARI AMALAN SUNAT, akhirnya
Hati seperti kosong,
Nafsu kuasai diri,
Minda hanya pentingkan dan fikir tentang diri,
Apa yang baik terhijab yang buruk terzahir,
Nafsu amarah meningkat sukar dikawal,
Emosi tenggelami rasional,
Hati hilang rasa puas,
Tiada syukuri nikmat hanya kufuri,
Kehidupan hilang berkat lalu hal remeh terlihat besar sehingga memutuskan ikatan pernikahan.

Nuzubillah min zalik..moga sakinah, mawaddah dan rahmant mampu dimiliki kita semua. Namun ia perlukan ilmu, amal, ikhlas dan terus usaha.

No comments: