January 28, 2016

Mengapa Isteri Dingin Seks

Maaf kalau topik ni agak sensitif dan mengganggu minda para pembaca. Dibawah adalah beberapa sebab dan punca utama mengapa isteri dingin seks atau bahasa mudah malas melayan suami. Tidak bersemangat dan tidak ghairah. Malah seolah² sekadar melepas batuk ditangga dalam melayan keinginan suami. Asalkan suami cepat² selesai menunaikan hajatnya, isteri tak puas pun tak apa. Sebab bosan nak layan.


Perkongsian ni adalah melalui apa yg Pn.Milokaw baca di internet, dan juga pengalaman orang² yg boleh dipercayai. Diharap ilmu ni bermanfaat kepada para suami, agar memperhatikan bagaimana diri anda dalam melayan isteri. Adakah semata² hanya untuk kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan isteri? Ataukah memang berusaha untuk sama² memuaskan hati isteri.

Ok, kita lihat carta dibawah:


1. Malas
Ada isteri yg memang malas nak layan suami. Sebab penyakit malasnya amat dasyat. Walaupun suami dah layan baik² dan belikan macam² demi memenuhi nafsu serakahnya namun tidak bersyukur dan tetap malas layan suami. Tengok suami pun macam tak berselera. Perempuan macam ni tak elok dibuat isteri.


2. Penat
Ni salah satu sebab isteri dingin, letih. Terutamanya kalau dialah yg berkerja mencari nafkah, dialah yg memasak, dialah yg mengemas, dialah yg mencuci rumah, dialah yg menguruskan hal anak² dan sebagainya. Lalu keletihan ni memberi impak negatif hingga hilang nafsu melayan suami. Kepada suami, ringan²kanlah tulang anda untuk membantu apa yg patut.


3. Demam atau Sakit
Sama lah macam suami kot..kalau demam atau sakit masih ada nafsu lagi ke? Pening², badan panas or lemah. Tentu hilang nafsu nak layan suami. Dah, makan pun tak selera. Ni kan pulak untuk bersama. Tanya dulu, kalau isteri tak kisah dan nak layan baru on.



4. Selalu Dihina
Dimarahi, dihina, dicaci, dikeji, disumpah-seranah, dan seangkatan dengannya adalah antara punca utama isteri meluat dan malas layan suami. Perasaan ghairah dan bersemangat akan hilang bersama cacian dan makian anda terhadap isteri. Sikap marah², baran, perengus, pantang tersalah, apalagi jika tidak bersalah menyebabkan isteri anda hilang nafsu dan bosan untuk bersama anda. Yang akhirnya mematikan seluruh rasa ghairah dan tergoda terhadap anda. Wajah kacak anda takkan mampu menaikkan ghairah beliau bila hati dah benci. Ubahlah sikap anda.


5. Kurang Pengetahuan Agama
Mungkin tiada segala masalah diatas, tapi lebih mirip kepada masalah malas dan tidak berminat. Bila kurang pengetahuan agama ni, nak layan suami pun ikut suka hati. Sekejap layan, sekejap tak. Bila nak layan, bila tak nak buat tak tahu. Isteri macam ni wajar diberi kesedaran, seeloknya sebelum kahwin dah tahu tanggungjawab.


6. Tiada Belaian Mesra
Ni pun faktor penyumbang isteri malas nak layan suami. Terus nak berhubungan intim tanpa melakukan mukadimah mesra seperti yg diajar Rasulullah SAW. Mana isteri tak tension dan bosan? Kalau kucing memanglah tak ada mukadimah² ni. Ini kita manusia, nabi dah ajar kan? Ikutlah apa yg diajar.


7. Menyakitkan
Bila tiada foreplay atau belaian mesra, atau terlalu sekejap foreplay selalunya akan menyakitkan isteri. Jadi lama-kelamaan timbul perasaan tidak puas hati, isteri merasa benci dan tak suka berhubungan.


8. Curang
Selain faktor² diatas, berkemungkinan juga isteri anda curang atau mempunyai lelaki lain. Curang ni pun disebabkan oleh banyak faktor, antaranya isteri tersebut memang gatal / miang. Suka melayan lelaki lain di facebook, whatsapp, wechat, dan sebagainya, yg akhirnya menjerumuskan ke kancah maksiat. Akhirnya merasa dingin terhadap ikatan yg halal. Banyak berlaku kes² curang akhir zaman ni. Semoga kita dijauhkan dari perbuatan yg dimurkai Allah SWT ini.


9. Lain-lain Masalah
Macam² lagi masalah yg membuatkan isteri dingin. Contohnya, masalah kewangan, kesempitan hidup, suami terlalu mengongkong, cemburu, dan curiga pada isteri. Suami suka memukul dan menyakitkan isteri. Suami tidak menjalankan tanggungjawab sewajarnya, suami ego dan pentingkan diri, dan mcm² lagi faktor penyumbang yg membuatkan isteri dingin.

Ok, sekian saja catatan untuk kali ni. Semoga topik ni bermanfaat kepada suami-isteri.

No comments: