January 20, 2016

Suami Potong Hidung Isteri Ketika Bertengkar

Nampaknya dunia manusia semakin kejam? Atau memang dari dulu lagi kejam. Jika tadi isteri memotong kemaluan suami di Malaysia, manakala berita suami memotong hidung isteri ini pula berlaku di luar negara. Semoga Allah SWT menjauhkan kita semua dari perbalahan dan pertengkaran yg sebegini.

Gambar dan berita - Sinarharian

FARYAB - AFGHANISTAN. Seorang suami bertindak memotong hidung isterinya yang berumur 20 tahun ketika sedang bergaduh, kelmarin.

Menurut laporan Dailymail, Mohammad Khan mula memukul dan mendera Reza Gul selepas pulang dari Iran. Reza juga mengatakan Mohammad mengambil seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun sebagai isteri kedua tidak lama selepas kepulangannya.

Jurucakap gabenor, Ahmad Javed Bedar memberitahu Mohammad memotong hidung isterinya menggunakan pisau lipat.

Kata Ahmad, Reza juga bakal dirawat di Turki untuk pembedahan untuk menyambungkan hidungnya tersebut. Sementara itu, Mohammad yang telah melarikan diri kini diburu oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.

No comments: