February 24, 2016

Isteri Maut Dibelasah Suami

SEPANG - Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki memukul isterinya hingga maut di kediaman mereka di Kampung Baru Sungai Pelek, Sabtu lalu.

Lokasi kejadian di mana mangsa dipukul suaminya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata, suspek yang berusia 34 tahun sedang mabuk bersama isteri, 33, dan seorang rakannya kira-kira jam 10 malam.

February 23, 2016

Suami Gilakan Janda "Awak Dah Nak Mati Sangat Ke?"

PANGGILAN telefon daripada pemanggil yang tidak mahu dinamakan yang diterima bukan sahaja berniat meluahkan rasa, malah dia juga meminta penulis berkongsikan kisahnya supaya dijadikan pengajaran buat pasangan berkahwin di luar sana.

Mendirikan masjid ALLAH bukan kerja mudah. Apatah lagi dia dan suami bukan berasal daripada keluarga berada.

Gambar Hiasan

Namun berkat kesabaran, doa dan tawakal, daripada berkongsi hanya satu gelas plastik di bilik sewa di perkampungan setinggan, kini dia dan suami sudah memiliki tiga buah rumah dan tiga orang anak.
Sebagai umat Islam yang dikurniakan nikmat.

February 22, 2016

Nak Makan Pun Ikat Perut....

Jika kita susah...ada orang yg jauh lebih susah dari kita. Mungkin untuk makan dan pakai pun terpaksa berjimat-cermat. Malah ada yg kelaparan hingga tong sampah pun diselongkar bagi mendapatkan sisa makanan.

February 16, 2016

Mimpi Ngeri Gangguan AEON CREDIT Berakhir

Dulu pernah saya (gantinama 'aku' yg biasa Pn.milokaw guna) luahkan dalam blog ini tentang pengalaman ditipu sambung bayar (kisah satu, dua, dan tiga.) Dalam kisah tersebut saya hanya menceritakan bagaimana rasa tertipu oleh seorang pembeli motor. Namun tak pula meluahkan lebih lanjut tentang Aeon Credit yg sentiasa mengganggu dan menghantui hidupku dan suami.
Sebaik saja saya ambil semula motor dari pembeli tersebut, saya hubungi Aeon dan memberitahu mereka bahawa motor tersebut telah dijual, dan pembeli tersebut mengkhianati perjanjian walaupun kami telah tandatangani perjanjian 'Akujanji'. Duit gajiku dipotong Aeon bila pakcik laki-bini yg membeli motorku membayar lambat. Sebagai denda.

Suami Malang, Anak Dibelai Bukan Anaknya

Selama empat tahun dibelai dan akhirnya sungguh mendukacitakan apabila mengetahui anak yang dibelai selama ini bukanlah anak sendiri, itulah nasib yang menimpa seorang bapa apabila mengetahui anak bongsu yang dijaga dengan penuh kasih sayang bukanlah daripada darah dagingnya.

 Gambar hiasan

Apa yang lebih memeritkan anak berkenaan adalah hasil hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain yang disembunyikan selama empat tahun. Semuanya terbukti selepas ujian DNA yang dilakukan terhadap anak ketiganya itu berusia empat tahun menunjukkan 99.9 peratus sama dengan kekasih gelap isterinya.