February 16, 2016

Mimpi Ngeri Gangguan AEON CREDIT Berakhir

Dulu pernah saya (gantinama 'aku' yg biasa Pn.milokaw guna) luahkan dalam blog ini tentang pengalaman ditipu sambung bayar (kisah satu, dua, dan tiga.) Dalam kisah tersebut saya hanya menceritakan bagaimana rasa tertipu oleh seorang pembeli motor. Namun tak pula meluahkan lebih lanjut tentang Aeon Credit yg sentiasa mengganggu dan menghantui hidupku dan suami.
Sebaik saja saya ambil semula motor dari pembeli tersebut, saya hubungi Aeon dan memberitahu mereka bahawa motor tersebut telah dijual, dan pembeli tersebut mengkhianati perjanjian walaupun kami telah tandatangani perjanjian 'Akujanji'. Duit gajiku dipotong Aeon bila pakcik laki-bini yg membeli motorku membayar lambat. Sebagai denda.

Denda Aeon ni sehari lambat RM18, kalau sebulan RM40. Bila saya telefon baik² dan ceritakan pada suami-isteri tersebut gaji dipotong, bukan nak minta maaf, jauh sekali nak ganti balik. Siap suruh aku minta ganti dari Aeon pulak, jangan haraplah Aeon nak bayar. Aeon pula suruh aku minta dari pembeli yg khianat tersebut, yg bermastautin di Sg.Ramal Luar dan berkerja di UPM. Manakala isterinya pula tidak berkerja, hanya membantu menyiapkan daging satay di sebuah restoran satay di Sg.Ramal. Mereka ni memang mengumpul motor dua-tiga biji kerana minat.

Selepas itu sekali lagi gajiku dipotong Aeon sebab pakcik tersebut tidak membayar motor. Aku lalu meminta HR menukarkan akaun gajiku dari CIMB ke Maybank supaya tidak lagi dipotong sesuka hati oleh Aeon.

Situasi kami yg sadis ditipu itu aku luahkan pada Aeon, agar mengerti mengapa 3 bulan tertunggak, dan malah motorku tidak direnew roadtax oleh pembeli tersebut. Aeon amat memahami masalahku, malah bersimpati. Nah, buktinya seminggu selepas itu mereka menelefonku dan meminta aku dan suami menjelaskan bayaran motor yg tertunggak tanpa mahu menunggu gajiku.

Siap suruh aku pinjam pada sesiapa. Hello...kalau nak suruh aku bayar masa tu juga tak perlulah aku ceritakan masalah aku. Tak boleh ke tunggu gaji? yg hanya dua-tiga minggu lagi? Dan tak boleh ke aku bayar sikit²? Bukannya aku dan suami lari tak nak bayar hutang. Kami ni dahlah kena tipu, nak kena hadap gangguan Aeon pula. Bukan nak faham masalah customer...dikejarnya customer siang-malam-pagi-petang. Tunggu sekejap boleh tak sampai orang dapat gaji??

OK, itu pengalaman burukku dan suami dengan Aeon Credit. Masa aku buat police report dulu pasal kena tipu motor, encik sarjan tu cakap apa dengan sinis, "Aeon? Biasalah along berlesen." Bukan saya yg cakap. Polis yg cakap macam tu. Motif? Semua orang tahu kot Aeon ni macam mana. Terutama yg dah pernah berurusan dengan mereka.

Aku cuma harap Aeon faham dan beri aku sedikit masa at least sampai terima gaji untuk selesaikan permasalahanku. Bukannya aku dan suami lari kan? Malah bertanggungjawab membayar semula motor. Kononnya macam faham, tapi didesak²nya aku. Nampak tak disitu sikap alongnya? Hanya tak curah/simbah cat kat rumah aku saja.

Setakat call office setiap hari? Mengaku peguam dari makhamah negara? Menyamar jadi pegawai KWSP dan mcm² lagi? Call kawan² office aku? Jangan cakaplah. Macamlah aku bodoh sangat tak kenal, kalau dah suara marah². Apa kebodoh pegawai KWSP cari aku, selama berbelas tahun aku mencarum dan bayaran KWSP setiap bulan pun cantik. Lagipun kenapa pula pegawai KWSP nak marah aku? Itu sangat lucu. Paling kantoi kalau dah nombor pemanggil pun sama dengan pemanggil yg lain....nampak sangat membohongnya.

Paling lucu, rajin sangatlah peguam negara (katanya) tu ugut² nak saman aku. Aku cakap 'ok' dan 'iyakan' saja apa yg dia cakap. Siap ugut aku nak hantar orang ke pejabat. Aku jawab 'Okay, datanglah.' Malas aku layan. Kalau kau betul² datang aku marahlah depan². Apa susahkan? Dah nak sangat datang ganggu hidup aku...tapi, itulah mereka takkan datang. Sebab itu dah dikira sebagai mengganggu privasi customer.

Call handphone aku siang-malam-pagi-petang? Pun jangan cakaplah. Boleh naik mereng (gila) aku dibuatnya. Berpuluh-puluh nombor mereka aku blocked. Mesej mengugut aku dengan panjang-lebar dari handphone mereka? Banyak. Aku ignored semuanya. Anggap macam tak ada call dan mesej yang wujud pun. Dalam pada yg sama kami buat bayaran setiap bulan seperti biasa.

Kami berdua tidak mempedulikan semua ugutan dan gangguan tu. Hinggalah sampai satu tahap, seminggu selepas aku buat bayaran awal bulan ni, gang along Aeon ni datang mengganggu dan mengugut abg suamiku yg menggunakan motor kami ni, dia disuruh bayar sebanyak RM650 jika tidak mahu motor tersebut ditarik. Malas banyak bunyi dan bertekak, dia bayar saja jumlah yg diminta. Lelaki-lelaki suruhan Aeon tersebut kononnya berjanji tidak akan mengganggu lagi. Maklumlah dah boleh membuncitkan perut dengan RM650.

Aku terasa marah dan sakit hati, RM650 tu dah boleh buat bayar motor. Lagipun nak tarik apa lagi setiap bulan aku pergi bayar? Baru minggu lepas pergi bayar, dah datang mengugut beberapa hari selepas tu. Bila ditanya, Aeon mengatakan tidak menerima bayaran RM650 tersebut, jadi kemana duit tu? Pembayaran terakhir didalam sistem mereka adalah awal bulan ini yang telah aku buat hari tu.

Alhamdulillah, semalam aku dah pergi bayar jumlah keseluruhan sebanyak lebih RM4000. Itupun timbul kekeliruan, sebab HQ Aeon cakap 4000 lebih, manakala branch tempat aku bayar tu pula suruh bayar RM5000 lebih. Aku cakaplah, "Kenapa sistem tak tally dengan HQ? Apa masalahnya? Saya nak bayar hutang, bukan nak lari dari hutang." Lepas tu barulah kelam-kabut mereka menghubungi HQ dan sahkan hanya jumlah RM4000 lebih sahaja yg perlu dibayar. Bukan RM5000 lebih seperti yang mereka minta.

Gambar menggambarkan kami berdua Bebas dari Aeon Credit

Lega rasanya hati saya dan suami. Suami tahu saya sangat tertekan dan rimas diganggu Aeon siang malam pagi petang. Dia pun rimas sebab saya akan mengadu semuanya pada dia. Sebab itulah dia mahu selesaikan segera semua masalah ini dengan membuat bayaran penuh. Aeon mengganggu saya sebab motor tersebut nama dan nombor telefon saya.

Ini pengalaman buruk kami berdua dengan Aeon, cukuplah sekali saja. Amat merimaskan dan menyakitkan hati apabila anda tetap berterusan diganggu dan dihubungi walaupun dua-tiga hari atau seminggu selepas membuat pembayaran. Mereka sedikitpun tidak bersimpati dengan masalah yg menimpa anda.

15 comments:

Iwan Drummer said...

nk tanya dia akan call berterusan kan?dia bgi tempoh sebulan ke mcm mne bro?lpastu kalau kita bayar yang bulan lepas dgn bulan ni, boleh kan?

Suzi said...

hi saudara Iwan, dlm kes sy kononnya dia bagi tempoh utk selesaikan, tapi belum apa² seminggu lepas tu terus hubungi sy suruh bayar masa tu juga n suruh pinjam kat sapa². masa tu gaji pun belum. tentang bayaran, kalau ada tunggakan jelaskan semua, kalau tidak bayaran setiap bulan tu takda makna pun bagi mereka. tetap akan diganggu dan diugut sepanjang masa wpun bayaran dibuat setiap bulan.

Hamba Allah swt Insan said...
This comment has been removed by the author.
Hamba Allah swt Insan said...

Assalamualaikum wbt saudari suzi ... Masalah sya sama dengan saudari suzi .. Dlm masa 5-6tahun rasa ya tak buat bayaran dengan aeon selepas sya di berhentikan kerja .. Dlm masa yg sama sya mencari perkerjaan langsung tak dapat sehingga hari ini kerja sya pun cukup2 makan sya... Sya ambil upah potong2 rumput ...
Saudari suzi ada cara lain tak nak bayar dengan aeon? Selain nak bayaran penuh? Kalau bayaran penuh mmg sya tak mampu hendak bayar ..
Aeon terima tak kalau bayaran semua setiap bulan?
Baru2 bertalu2 agen debt Call sya untuk bayar full atau separuh ... Mohon pencerahan Saudari Suzi ...
Yg berpengelaman dlm hal ini...

Hamba Allah swt Insan said...

Assalamualaikum wbt saudara iwan mcm kes saudara dah selesai tak dengan aeon ?dypa terima tak ansuran bulan atau dypa nak full atau separuh bayar ... Dari bil tunggakkan?

tweekz said...

Assalam Hamba Allah,
Minta pergi ke pejabat AKPK untuk masalah ini. Mereka akan jadi orang tgh untuk anda dan Aeon credit. Tapi pastikan anda ikut plan mereka nanti.

Ofis AKPK berada di:
Level 8, Maju Junction Mall
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.

Telefon:
03-2616 7766

Saya bukan dari AKPK. Cuma bantu sahaja.

Tq

Hamba Allah swt Insan said...

Assalamualaikum wbt saudara
Adakha pihak AKPK boleh membantu ? Dengan masalah sya hadapi.. Bukan tidak mahu bayar cuma hilang perkerjaan hilang nikmat2 Allah swt berikan ...
Jika pihak AKPK boleh membAntu syukur alhamdulillah ... Jika pihak Aeon Mahu buat pembayaran semula dengan ikut kemampuan .. Baik juga
Kepada yg baca bloq ini .. Tolong2 bagi idea ...

Suzi said...

terima kasih kpd tweekz atas jawapan dan jln penyelesaian yg dikongsikan.

kpd hamba Allah, ikutlah cadangan saudara/i tweekz diatas. melalui pengalaman saya walaupun bayaran semasa bulanan (contoh RM250) dibayar setiap bulan, namun pemungut hutang upahan AEON tetap akan mengganggu dan mengugut..bayaran kita yg cantik setiap bulan itu tak bermakna pun bagi AEON kerana tunggakan yg kita ada.

jgnlah bersedih, Insyaa Allah setiap kesulitan pasti ada kemudahan. jgn putus asa dr pertolongan Allah SWT. berdoa byk² padaNya sambil berusaha. Insyaa Allah saudara mampu menyelesaikn masalah tersebut.

Hamba Allah swt Insan said...

Assalamualaikum wbt terima kasih saudara tweekz atas candangan ini
Saudari Suzi debt Aeon sentiasa memburu ke walapun bayar bulanan dah di bayar setiap bulanan ... Tadi pun sya dapat Call ... Debt Aeon 25hb kena bayaq rm500 dengan Aeon
Lagi pun sya sekarang belum lagi ada kerja
Ada sahabat kata buat tak tahu dahulu ...
Dah ada duit lebih terus bayar dengan Aeon berapa ada yg saya simpan ..
Boleh ke sya buat mcm itu ...?

ONLINE said...

bayarlah ikut kmampuan saudara, mereka tetap akan mganggu tapi abaikn saja. bila dh ada simpanan lebih clearkan tunggakan atau buat full settlement / bayaran penuh. jadi x perlu hadap dan berurusan dgn mereka lagi. - suzi-

ONLINE said...

oh ya, jgn sesekali buat bayaran pd pengutip hutang. bayar terus di kaunter aeon credit. mcm kes sy RM650 yg dibayar oleh abg ipar pd pengutip hutang tu hangus begitu saja tanpa pengetahuan Aeon.

Nur Omar said...

assalamualaikum Kalau lambat bayaq sebulan Dia tarik moto tak?

Suzi said...

Waalaiikumusalam en. nur Omar, kalau lambat sebulan tak tarik.

zanariah sulaiman said...

saya pulak diugut oleh pihak aeon sekiranya tak menjelaskan bayaran sebanyak rm1560 sblm pkul 2pm nie..dieorg akan buat lawatan ke tpt keje sy..utk hantar surat saman kepada pengarah n hod sy..siap bagi warning sekiranya saya sygkan pekerjaan sy..sila pinjam dengan sapa2 dulu utk jelaskan bayaran..sy betol2 nk bayar..sy dh bankin rm250..selebihnya sy tgh berusaha utk jelaskan bayaran dieorg..sbb adik sy yg pakai nama sy berhutang aircond..pening sy..ade apa2 yg cik bole nasihatkan?

Suzi said...

hi puan zanariah, simpati dgn masalah yg menimpa puan. sy cadangkn pn buat bayaran secepat mungkin bila kewangan dah mengcukupi. dgn adik tu mungkin boleh berbincang. sementara tu kalau bayaran dh dibuat, abaikn saja ugutan gangguan dorang tu. dan lagi satu pastikn bank in pd aeon, jgn sesekali bayar pd pemungut hutang.