August 25, 2016

Gempa Bumi Di Itali 24 Aug 2016 Sekurang²nya 159 Maut

At least 159 people have been killed and 368 injured in an earthquake that hit a mountainous area of central Italy, civil protection officials say. The magnitude-6.2 quake struck at 03:36 (01:36 GMT), 100km (65 miles) north-east of Rome, not far from Perugia.


At least 86 of the dead were in the historic town of Amatrice, where the mayor said three-quarters of the town was destroyed, and in nearby Accumoli.

August 24, 2016

Tak Suka Orang Kelantan

Hari ni akak Milokaw nak kongsi sedikit pengalaman dan pengajaran kpd adik² khususnya yg sedang melalui zaman remaja dan awal dewasa.


Topik hari ni tentang jangan suka cakap besar. Apa itu cakap besar? Cakap besar adalah cakap yg ala² sedikit angkuh, sombong, menunjuk², takbur, atau 'berlagak' bahasa mudahnya. Kenapa dipanggil cakap besar? Bukan cakap kecil? Tak kisahlah nak panggil cakap apa pun asalkan kau bahagia dik nonn....

Ok Sedikit pengalaman akak. Zaman dulu² Akak Milokaw dan kakaknya, masa kereta Perodua Kelisa baru keluar, kami gelakkan orang² yg beli dan bawa kereta tu di jalanraya. Kami cakap kereta Mr.Bean. "Macam tak ada taste jer orang yg beli Kereta Kelisa ni kan?".

August 22, 2016

Hutang Along 30K, Suami Ugut Mahu Serah Anak Pada Along

Tak tahu sama ada kisah dibawah benar atau rekaan. Jika benar, memang agak terdesak dan melampau suami wanita ini. Binatang pun tahu sayangkan anak....namun ramai manusia yg bersifat lebih keji dan zalim dari binatang. Ikuti luahan isteri lelaki ini dibawah..benar² terdesak dan hilang kewarasan.


Salam krt. Saya guna akaun kawan ni. Mohon jangan siarkan profile dia. Cerita saya macam ni. Saya baru sahaja berkahwin dengan suami saya dalam 3 bulan.

August 19, 2016

Tak Boleh Register Online SSM

Bagi yang mungkin nak register / daftar SSM secara online kerana merasakan malas nak ke kaunter SSM, atau tak punya masa, atau lebih suka buat online (seperti penulis) sila maklum, akak milokaw baru saja telefon SSM tadi tanya boleh register secara online atau tidak? Kakitangan SSM beritahu dah tak boleh register online.

Nampaknya kenalah menapak, memandu, atau berbasikal pun boleh ke pejabat SSM berdekatan pada sesiapa yg nak daftar perniagaan. Nak suruh driver hantarkan pun boleh...

August 18, 2016

Tanda Kasih Kami Kepada Ayah

Respect. Anak² yg mengenang budi. Walaupun jasa ibu-bapa sememangnya tidak akan terbalas dengan apa pun, namun sikap macam ni harus di puji. Akak Milokaw speechless.

Kuala Lumpur: “Wajah ayah sangat terkejut ketika kami memberikan kunci kereta BMW520i untuk dipandu,” kata Firdaus Ahmad, 34, anak sulung kepada pasangan suami isteri yang diberikan hadiah kereta mewah sehari sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.


Encik Ahmad Hasyim (baju merah) bersama anak²nya

Kisah pasangan suami isteri itu, Ahmad Hashim, 58, dan Ustaniah Bustami, 58, menjadi viral di laman sosial apabila dihadiahkan kereta mewah berharga RM320,000 oleh tiga anak lelakinya itu, baru-baru ini.

Khasiat dan Kebaikkan Manjakani Untuk Wanita

Goda suami dengan manjakani

Umum mengetahui buah manjakani sangat berkhasiat terutamanya kepada golongan wanita.

Kapsul Manjakani Asli - RM10 sebotol (30 biji kapsul)

Tapi jika pembaca membaca komen² atau luahan di blog, manjakani bukan hanya berkhasiat kepada kaum wanita, malah lelaki pun ada yg mengamalkannya. Sebagai ubat diabetes.

Ok, mari akak milokaw senaraikan kelebihan² buah manjakani ini. Walaupun pahit tapi amat bermanfaat kepada para isteri khususnya. Anak dara yg mempunyai masalah keputihan dan bau juga boleh mengambil manfaat dari Manjakani ini.

August 17, 2016

Warkah Untuk Bekas Isteri Hana Safiyyah Dari Suami Yang Menyesal

"Lima tahun lepas merupakan titik hitam dalam hidup saya, bila saya memilih untuk ceraikan isteri saya dan tinggalkan anak-anak kerana perempuan lain.

Saya berkahwin dengan isteri, Hana atas dasar suka sama suka. Hana ni pendiam, tapi lembut dan baik. Family saya pun Alhamdulillah boleh terima Hana dengan baik.

Lepas Hana bersalin anak pertama, saya minta dia berhenti kerja guru di sekolah menengah & Hana ikutkan permintaan saya. Hana jadi surirumah sepenuh masa dan jaga saya dan anak dengan baik. Kami hidup bahagia, tambah-tambah lagi Hana waktu tu sedang mengandungkan anak kedua kami.

Gambar Ohbulan

Rezeki anak-anak, kedudukan kewangan kami makin stabil daripada makan cukup-cukup, dah boleh bawak family jalan-jalan, bercuti.

Dilema Rumah Nama Bersama, Isteri Bayar, Kini Bercerai

"Terlebih sayang suami membawa padah", betul kah ayat akak milokaw ni? Atau terlalu zalim bunyinya? Berpada²lah mencurah kasih, jgn nanti apa yg dikasihi menjadi benci dan merana diri. Jangan sesekali kasih kita melebihi dari cinta dan kasih kepada Allah dan rasul....... (nasihat utk diri sendiri juga).

Gambar hiasan duniawi

Seorang peguam yang merupakan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Tuan Salkukhairi Abd Sukor telah tampil mengupas dan memberikan penyelesaian tentang perkara ini.

KES TERLEBIH SAYANG SUAMI

Saya biasa diajukan soalan seperti berikut:

"Masa saya beli rumah ni, letak dua nama dalam geran, nama saya dan suami. Tapi loan saya bayar sorang-sorang, potong gaji bulan bulan."

Kesal Suami Ego, Perginya Isteri Selamanya..

"Abang saya cuma nak jadi satu-satunya perempuan yang awak akan ingat "

Saya ingat lagi masa mula-mula kita kenal dulu.

Saya baru habiskan pengajian sarjana, tengah usung sijil ke hulu ke hilir minta kerja. Dan masa itu saya tengah kecewa dengan bekas kekasih, awak ada bantu saya dari saya belajar sampai saya habiskan sarjana saya.
Gambar hanya ilustrasi

Saya perasan awak tak pernah merungut walau saya susah. Tak pernah tarik muka walaupun saya bawa awak pergi makan warung-warung dan kadang-kadang awak yang tolong bayarkan itu ini.

Suami Kaki Pukul, Tidak Mengaku LafazTaklik

Isteri nekad berpisah selepas bertahun-tahun mental dan fizikal disakiti. Kisah yang dikongsi ini, isteri yang  bersuamikan lelaki ‘talam dua muka’, bersikap baik di hadapan orang lain namun hakikat sebenarnya kaki pukul, panas baran dan macam-macam lagi. Tak mengaku lafaz taklik, malah mengugut mahu melarikan anak jika isteri menuntut fasakh.