August 24, 2016

Tak Suka Orang Kelantan

Hari ni akak Milokaw nak kongsi sedikit pengalaman dan pengajaran kpd adik² khususnya yg sedang melalui zaman remaja dan awal dewasa.


Topik hari ni tentang jangan suka cakap besar. Apa itu cakap besar? Cakap besar adalah cakap yg ala² sedikit angkuh, sombong, menunjuk², takbur, atau 'berlagak' bahasa mudahnya. Kenapa dipanggil cakap besar? Bukan cakap kecil? Tak kisahlah nak panggil cakap apa pun asalkan kau bahagia dik nonn....

Ok Sedikit pengalaman akak. Zaman dulu² Akak Milokaw dan kakaknya, masa kereta Perodua Kelisa baru keluar, kami gelakkan orang² yg beli dan bawa kereta tu di jalanraya. Kami cakap kereta Mr.Bean. "Macam tak ada taste jer orang yg beli Kereta Kelisa ni kan?".

Nah, tak lama selepas tu  kami berdua telah menjadi Cik Beans. Sebab? Kedua² kami membeli Kelisa sebiji seorang pada waktu yg sama. Cuma warna saja berbeza...plat number pun sama. Siap beli sama. "Amikk kauu"....dulu mengata orang sangat kan? Sekarang apa cerr?

Itu tentang kereta. Ada satu hari tu ketika akak Milokaw berbual dengan seorang teman di online, kawan tu pesan balik nanti hati², jgn sesat. Akak pun apa lagi, gelaklah. Duduk menyewa dalam kampus MMU, rumah kakitangan. Per ke halnya sesat? Terbahak la akak gelak. (Dalam hati jer) Muka senyum² sinis saja dgn peringatan yg tak munasabah itu. Selesai berborak akak pun off pc dan balik  rumah....setapak, 10 tapak, 15 tapak, naik tangga. Rumah tingkat 4.

Sesampai dirumah, akak ketuk pintu dgn penuh perasaan. Apsal byk pula selipar ni, sapa pula datang rumah memalam camni. Dan demi pintu dibuka....dihadapanku, seorang wanita......tapi bukan kakak aku. Indian jiran aku. Ohh, rupanya ini tingkat 3, bukan tingkat 4. Aku tersilap rumah...terketuk pintu rumah tingkat bawah rumah kami...aku pun berlalu dgn malu dan sekoyong²nya. Kisah ni pernah akak luahkan dlm blog ini....

Kisah berikut ini, berkaitan percintaan. Ahh, percintaan lah sangat? Akak ni dulu kalau lelaki lebih muda nak berkawan dan berkenalan rapat walaupun sebaya atau setahun muda dari akak, memang kena rejectlah jawabnya. Sebab? Maaf, tak minat hokay lelaki lebih muda. Sorry...! Sampai pernahlah kena tipu ngan satu kawan lelaki ni, dia ckp dia lebih tua tiga tahun. Walhalnya sebenarnya kami sebaya. Tahu tu pun setelah lebih setahun kami kawan. Dia tipu sebab semata nak kenal lebih rapat. Tapi kalau dah bukan jodoh tu tetap tak menjadi walaupun tipu....(moral jgn suka menipu).

Dan pernah akak cakap kat kakak angkat zaman dulu², "Kalau kahwin nanti, nak cari suami 10 tahun lebih tua." Tak mainlah lelaki² muda ni...Tak matang. Berlagak betul kan. Dan walhasilnya...jodohku tersurat dengan lelaki yg jauh lebih muda...hampir sepuluh tahun. Uhuk..uhuk...Itulah, kuasa Allah siapa yg mampu menidakkan? Jangan cakap besar dan angkuh sangat.

Itulah antara benda yg jadi padaku tentang cakap besar ni. Kalau jadi pada orang lain/kawan² banyak kot nak senaraikan. Contohnya, kawan aku ni benci sangat orang Kelantan, meluat. Penyudahnya jodoh dia dengan lelaki Kelantan. Dan bahagiapun hingga kini anak dah 4 orang. Happy family. Alhamdulillah.

Moral of the story (Ni apa campur² ckp melayu dan orang putih? Ala...semua bahasa pun ciptaan Allah, tak apa nak campur bahasa tamil sekalipun. Allah ciptakan pelbagai bahasa utk dituturkan, bukan utk dipertikaikan. Takgitu?) Sambung, Jangan sesekali cakap besar angkuh takbur mahupun berlagak. Sebab kita tak tahu apa yg akan kita lalui dan dapati pada masa akan datang. Kalau tak suka atau tak mahu sesuatu tu diam² sudah. Simpan sendiri dalam hati.

Tajuk di atas hanyalah mewakili kisah² dalam luahan ini.



No comments: