August 19, 2016

Tak Boleh Register Online SSM

Bagi yang mungkin nak register / daftar SSM secara online kerana merasakan malas nak ke kaunter SSM, atau tak punya masa, atau lebih suka buat online (seperti penulis) sila maklum, akak milokaw baru saja telefon SSM tadi tanya boleh register secara online atau tidak? Kakitangan SSM beritahu dah tak boleh register online.

Nampaknya kenalah menapak, memandu, atau berbasikal pun boleh ke pejabat SSM berdekatan pada sesiapa yg nak daftar perniagaan. Nak suruh driver hantarkan pun boleh...

Sejak bila dan mengapa tiada lagi pendaftaran ssm secara online? Tak pasti plak. Sebab akak milokaw tak tanya pun. Cuma tanya sama ada boleh daftar perniagaan SSM melalui online atau tidak saja.

Patutlah puas godek² cari kat website SSM tadi tak jumpa perkataan e-lodgement seperti yg diberitahu oleh bloggers² dan web rasmi mereka.

No comments: