August 17, 2016

Warkah Untuk Bekas Isteri Hana Safiyyah Dari Suami Yang Menyesal

"Lima tahun lepas merupakan titik hitam dalam hidup saya, bila saya memilih untuk ceraikan isteri saya dan tinggalkan anak-anak kerana perempuan lain.

Saya berkahwin dengan isteri, Hana atas dasar suka sama suka. Hana ni pendiam, tapi lembut dan baik. Family saya pun Alhamdulillah boleh terima Hana dengan baik.

Lepas Hana bersalin anak pertama, saya minta dia berhenti kerja guru di sekolah menengah & Hana ikutkan permintaan saya. Hana jadi surirumah sepenuh masa dan jaga saya dan anak dengan baik. Kami hidup bahagia, tambah-tambah lagi Hana waktu tu sedang mengandungkan anak kedua kami.

Gambar Ohbulan

Rezeki anak-anak, kedudukan kewangan kami makin stabil daripada makan cukup-cukup, dah boleh bawak family jalan-jalan, bercuti.

Segalanya bermula waktu saya dinaikkan pangkat. Saya perlu berurusan dengan ramai orang salah satunya Mr Goh, dan yang saya perasan, setiap kali meeting, Mr Goh akan bawa secretary dia bersama, Asmat.

Mula-mula saya dan Asmat hanya berurusan biasa tapi lama kelamaan tiap kali meeting, kami mula jadi rapat dan kadang-kadang saya tumpangkan Asmat untuk pulang dengan kereta saya. Tak nak cerita banyak part ni. Asmat memang pandai ambil kesempatan dia tahu saya dah makin tergila-gilakan dia, jadi dia akan ajak saya shopping dan saya akan turutkan semua kehendak dia.

Hana mula perasan perubahan saya tapi dia tak terus melenting. Dia cuma tanyakan beberapa soalan (sebab banyak kali kantoi terjumpa resit beli barang wanita dalam poket seluar).

Lama-lama saya jadi baran, semua yang saya nampak pada Hana dan anak-anak jadi menyakitkan hati. Saya mengaku saya ada perempuan lain. Hana menangis malam tu, saya ingat lagi. Allah, kejamnya saya. Saya ingat lagi saya bagitahu Hana malam tu, yang dia langsung tak menarik, tak cantik macam Asmat yang sentiasa fashionable.

Satu malam, saya buat perkara yang paling saya menyesal seumur hidup. Asmat minta saya pertemukan dia dengan Hana supaya dia boleh minta Hana izinkan saya berkahwin lagi, dan saya ikutkan je. Bodohnya saya waktu tu.

Hana baru siap tidurkan anak sulung dan baby kami. Bila dia buka pintu untuk sambut saya, muka dia berubah bila nampak Asmat. Tapi dia langsung tak mengamuk. Dengan tenang, dia beri peluang pada Asmat untuk bercakap. Asmat dengan sombongnya arahkan Hana untuk bagi saya izin berkahwin lagi. Tapi Hana berkeras. Katanya kalau perempuan tu orang baik-baik, dia akan izinkan. Tapi kalau dengan Asmat, maaf dia tak izinkan.

Asmat marah dan merajuk. Dia masuk dalam kereta dan minta saya bagi kata putus. DIA ATAU HANA. Saya masuk balik kerumah, saya marah pada Hana dan waktu tu lah saya lafazkan cerai pada Hana. Saya bagitahu dia untuk kemaskan barang dan keluar rumah esok.

Hana diam sekejap, kemudian dengan perlahan dia sebut “Allahuakbar” sambil berlalu ke atas. Saya dengar suara tangisan anak sulung kami, mungkin marah tidurnya terganggu. Hana turun ke bawah dengan anak-anak dan terus keluar. Tanpa ambil satu helai pun pakaiannya.

Tak lama Allah nak tunjuk, rupanya Asmat cuma mendampingi saya atas niat nak mengikis. Dia nampak kesenangan saya waktu tu. Padahal semua kesenangan tu rezeki isteri dan anak-anak.

Merata-rata saya cari Hana balik. Yang buat saya terkilan, Hana pulang ke rumah ibubapa saya minta maaf atas salah silap padahal dia takda salah apepun. Mak ayah saya terlalu marahkan saya sampai setahun tak bercakap dengan saya. Tapi lama-lama lembut juga hati. Kesian bila tengok saya macam orang gila talak. Akhirnya diorg bagitahu, Hana keluar negara untuk sambung belajar Master dan terus menetap di situ bersama anak-anak. Mereka tak beritahu saya di negara mana.
Allah, saya rindukn Hana dan anak2.

Buat Hana, ini jalan terakhir abg untuk Hari Hana. Abg tak tukar pun nama2 supaya Hana tahu, ini kisah kita. Abg minta maaf banyak2 syg. Abg silap, abg silap, abg silap. Abg berdosa dengan Hana, dengan anak2. ya Allah, macam mana la Hana jaga anak2 kita yg masih kecik dgn belajar lagi..
Hana Safiyyah, tolonglah. Tolonglah abg.."

Sumber: ohbulan - KRT

No comments: