September 28, 2016

"Awak Terlalu Baik Untuk Saya"

Hari ni akak milokaw nak kongsi sedikit tentang pengalaman dan pelajaran, kpd adik² remaja diluar sana sekiranya terbaca coretan ni. Kakak² yg dah terlebih remaja pun boleh ambil pelajaran jika masih belum bertemu calon jodoh.


 ya....you're too good to me! - pic credit exbackin30daysblueprint.com

Jika seseorang mengucapkan ayat "Awak terlalu baik untuk saya bla..bla"..maka janganlah kita cepat merasa kagum dan terharu dgn ucapan tersebut. Kenapa?

Sebab, salah satu sebab utama kata² itu adalah alasan untuk menolak, memutuskan atau mengakhiri perhubungan dgn kita. Akak milokaw pun pernah menggunakan ayat ini dulu-kala ketika terpaksa menolak lamaran yg 'bukan jodoh'. Malah pernah juga diucapkan seperti ini kerana insan yg dikenali itu bukan jodoh akak. Ucapan tersebut hanya alasan untuk melepaskan diri dari cengkaman perhubungan yg tidak sekufu.

Lalu apa yg harus dilakukan pabila menerima ucapan tersebut? Tak perlu buat apa², rileks² sudah. Tak payahlah nak sentap sangat atau tertekan. Lebih² plak kau yer. Cuma bersedia disudut mental dan jiwa bahawa, si pengucap tersebut bukan calon yg begitu serious utk kita. Just move on....sesambil tu teruskan berdoa dan berusaha agar dipertemukan pasangan yg beriman dan sekufu dgn kita.

Ok, sekian. Itulah saja coretan akak utk kali ini. Bertemu kembali dilain lembaran. Insyaa Allah...


No comments: