September 02, 2016

Suami Curang Ketika Isteri Berpantang

Semacam lumrah dan biasa kisah manusia curang dan jalang di akhir zaman ini. Semoga Allah menyelamatkan kita dari perbuatan yg dikutuk Allah ini. Kisah dibawah dipetik dari ohbulan. Luahan seorang isteri yg dalam dilema sama ada mahu memaafkan suaminya atau tidak.


"Usia perkahwinan saya baru 2 tahun dan saya baru dikurniakan seorang baby boy berusia sebulan. Dalam sibuk saya berpantang, suami saya main kayu 3 dengan perempuan lain. Betapa hancur luluh hati saya. Saya tahu dah lama diorang berhubung. Suami salahkan saya tak jaga makan minum dia sebab dia curang. Kami pjj. Dia di Melaka dan saya di Kuala Lumpur.



Kami berjumpa hujung minggu je. Semasa pantang, saya sibuk uruskan anak seorang diri. Dia boleh salahkan saya sebab tak selalu mesej dia sedangkan nak makan pon saya tak sempat sebab uruskan anak.

Dia tak hargai langsung 20jam saya bertarung nyawa nak bagi dia zuriat, sakit perut kena belah sampai sekarang masih terasa bisa. Kantoi mesej pon sebab saya terbaca mesej di hp dia. Sekarang saya dalam dilema nak maafkan dia atau tak memandangkan anak masih kecik." - KRT

No comments: