October 20, 2016

Babi Goreng Rangup

Nak order tak? Menu "Anjing bersalut keju" pun ada kalau nak. Eh, janganlah sentap. Akak Milokaw tanya jer, kot² kalau ada pembaca muslim yg teringin nak order? Non-muslim akak tak tanya, sebab urusan Islam dan halal bukan urusan mereka.

Macam dah bertukar profesion kan. Sebenarnya, akak milokaw hanya menjual Manjakani yg murah itu. Murah supaya mampu dibeli dan dimiliki oleh sesiapa saja. Sebab tu tak jual mahal² macam orang lain 30-40 ringgit sebotol.

Gambar hiasan duniawi

Back to the topic. Anjing dan Babi tadi. Apa yg nak dijijik dan digelikan? Akak Milokaw bagi free kalau ada sesiapa yg nak? Ala, nama jer pun.....tapi sebenarnya Babi goreng rangup tu ayam. Anjing salut keju tu sebenarnya daging lembu. Apa da.....nama jer, jangan risau. Kalau rasa teringin nak order sila whatsapp akak Milokaw OK?

Kenapa tiba² akak Milokaw jual babi goreng dan anjing ni? Sebenarnya, topik ni timbul diminda akak sebab sekarang isu yang panas tentang Jakim dan Pretzel Dog Auntie Anne's apa kebenda tu? Nak menyebut pun tak reti, apalagi nak pergi membeli. Bagi penggemar, mereka pasti tahu.

Jakim disindir kerana kononnya memperbesarkan isu "DOG" maka banyaklah ucapan² sinis dari mereka yg kononnya mengaku Islam TAPI mentertawakan kerja Jakim ini. Alangkah dangkal dan kesian rasanya. Nak saja akak Milokaw hadiahkan mereka² ini Babi goreng rangup dan Anjing keju berkotak² sampai mereka kekenyangan..burrpp.

Seriously, akak bersetuju dengan Jakim. Sebab nama pun dah geli dohh...camana nak beli dan makan? "Kak, order Anjing Panas satu.."(sebenarnya daging ayam). Moden, modenlah jugak. Tapi, nama melambangkan nilai sesuatu itu. Yang indah dan baik itu pastilah yg disukai Allah SWT.

Kepada kita yg jahil dan cetek ilmu-agama ni...solat pun masih tak mampu nak kusyuk, berhentilah menjadi penasihat alim-ulama dan ustaz² atau para ilmuan yg arif dibidang mereka. Jakim tahu apa yg perlu mereka perbuat, sementelah mereka adalah contoh kepada standard halal didunia luar, malah mereka jugalah yg perlu menjawab dihadapan Allah SWT diakhirat kelak....tak payahlah kita sibuk nak menjadi kakitangan Jakim atau penasihat tak bertauliah dengan mencaci, dan menyindir kerja Jakim.

2 comments:

Eleet Pro Resources said...

Hatta sedang minum air kosong, kita bergurau pada rakan2 bahawa kita sedang minum wine.. maka haramlah air kosong yang diminum ketika itu.

Suzi said...

trima kasih Eleet Pro Resources diatas komen dan perkongsian ilmu.