October 14, 2016

Sultan Kelantan Dipilih Sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15

Alhamdulillah, berita dibawah ni berita yg mengembirakan hati di saat hati terusik oleh berita naiknya segala macam benda. Yang terbaru kenaikkan kadar tol! Bagi akak milokaw, kenaikkan tu memang membebankan sebab hampir setiap minggu menggunakan laluan tol sebanyak 3  tol utk ke rumah kakak hakak. Oh lupa pula, kata menteri, "Kalau tak mahu kena tol, ikutlah jalan biasa". Betul jugak tu pak menteri oi...TAPI ni cek nak habaq mai, lalu tol pun makan masa hampir sejam, kalau ikut jalan dalam tu tak tahu lah pukul berapa pula baru sampai?? Inipun syukur dah pindah SK, tahun lepas duduk Kajang hari² lalu tol pergi-balik kerja. OK...tinggalkan sejenak pasal tol tu. Kita baca berita yg menggembirakan ini :)

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mulai 13 Disember 2016 untuk tempoh 5 tahun, dalam satu pengumuman selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas ke-243 di Istana Negara, hari ini.

Berita dan gambar siakapkeli.com

Dalam masa yang sama, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong mulai 13 Disember 2016 bagi tempoh 5 tahun menggantikan Sultan Muhammad V.
Pemilihan tersebut dilakukan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242, yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang disandang Tuanku Abdul Halim berkuat kuasa 13 Disember 2011, akan tamat tempoh perkhidmatan pada 12 Disember ini.

Berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Sultan Muhammad V sememangnya terkenal dengan sifatnya yang merendah diri dan senang untuk didekati rakyat.

Malah, foto-foto baginda yang memakai pakaian seperti 'orang-orang biasa' banyak dikongsi di media sosial dan menerima pujian dari rakyat jelata.

Jom Kenali Sultan Kelantan

No comments: