June 06, 2017

Kapsul Manjakani Suzha Aura Label Baru

Seperti yg pernah akak milokaw coretkan pada March 2017 yg lalu akan kongsikan new label Kapsul Manjakani Suzha Aura ni, dibawah adalah gambar² label baru. (Sebenarnya dah tak baru sebab dah beberapa bulan kan, lambat bebenor share kat blog ni..)

Kepada kakak², adik², puan² yg manis lagi cantik dan bergaya kalau nak order kapsul Manjakani 100% asli tanpa campuran ini bolehlah hubungi akak suzi aka sis suzi 012-2850957. Harganya RM10 cod. Kalau pos RM17 semenanjung dan RM20 Sabah/Sarawak. Jangan lupa hubungi akak.:):)


March 08, 2017

Kapsul Manjakani Suzha Aura

Dah lama akak Milokaw tak menulis. Nak kata sibuk tu tak juga. Tapi lebih kepada malas. Disamping tugas rutin pergi dan balik kerja office hour, akak juga sibuk dengan aktiviti bisnes Suzha Aura. Suzha Aura Enterprise nama yg diregisterkan di SSM. Kira perniagaan yg halal dan sah disisi undang² Malaysia walaupun baru gitu....... ;-) nanti kalau tak register mcm tak patut lah plak kan? Jadi akak urut turutkan saja.

January 31, 2017

Dari Pemandu Bas Kilang Kepada Jutawan

BAGI seorang wanita, tahun 2009 boleh dikatakan sebagai zaman kejatuhannya dan tahun itu tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.


Tidak mudah untuk Ernayanee Nur Julaimi mengharungi kehidupan sedemikian.

Beliau terpaksa lari daripada keluarga. Tinggal sendirian di Bangi dek kerana hutang keliling pinggang.

Ketika itu tiada siapa mengetahui kesusahannya termasuk rakan rumah sewa yang baharu dikenalinya.
Bagi meneruskan kehidupan, Ernayanee terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk melangsaikan semua hutangnya.