November 15, 2017

Kapsul Patawali Akar Seruntun Suzha Aura

Mari selami kelebihan Akar Seruntun atau dipanggil Patawali, Brokowali, dan pelbagai nama lagi diberi mengikut negeri, negara, dan daerah masing².

Sebenarnya banyak sangat kelebihan akar Seruntun atau Patawali ni, akak akan ceritakan secara ringkas. Pertama sekali, Akar Seruntun adalah tumbuhan menjalar yg banyak memanjat pagar²  mencuri pokok² dirumah orang² kampung, ada yg menanamnya. Ada juga yg tumbuh sendiri.



Akar Seruntun atau Patawali rasanya sangat pahit. Kalau nak makan macam tu saja haruslah sangat tabah untuk menahan kepahitan tersebut. Akak hari tu cuba minum macam tu saja, nah ala² berpinau terkulat² menelan. Pahit ya amat! Sebab itulah akak memilih dalam bentuk Kapsul. Kapsul Patawali Asli Suzha Aura ni dijamin tidak pahit jika ditelan begitu saja, jangan gigit pulak. Kalau gigit tak dapek akak nak nolongnyer, tetaplah pahit rasa tersebut.


Kelebihan akar Seruntun atau Patawali adalah baik untuk merawat Diabetes. Mengawal dan merawat darah tinggi. Selain itu demam, sakit kepala, kegatalan kulit atau kudis juga elok mengamalkan Patawali ini. Akak makan masa demam dan sakit kepala saja. Akak tak makan panadol, memang dari dulu boleh kira berapa kali makan Panadol. Punyalah tak suka. Kapsul Patawali Suzha Aura ni akak tak amalkan setiap hari. Tapi mak akak makan hari², begitu juga customer yg mengamalkan Patawali ini, ramai yg makan hari².


Di Indo Cina, mengamalkan Patawali ini sebagai ubat demam. Di Filipina pula mengganggap Patawali atau Akar Seruntun ini ubat demam serbaguna. Orang tua dulu² yg amalkan makan akar Seruntun ini Insyaa Allah tidak digigit nyamuk ketika masuk ke hutan. Manakala ibu yg ingin memutus susu dengan anak kecil, atau berhenti menyusu, bolehlah menyapu serbuk patawali ini.

 Akar Seruntun / Patawali : Pic Credit Google



Akak Milokaw jual Kapsul Patawali Suzha Aura ni hanya RM13. Tambah RM7 jika melalui pos . Kalau berminat bolehlah whatsApp akak. Sebotol ada 30 biji kapsul. Tak rugi mencuba, harga pun sangat murah dan berpatutan. Sebagaimana matlamat akak, kapsul² dari Suzha Aura Enterprise mestilah berkualiti, harga berpatutan, dan mampu dimiliki semua golongan. Apalagi whatsApp akak sekarang www.wasap.my/60122850957

No comments: