November 10, 2017

Kenangan Nasi Lemak Wak Kentut

Tahun lepas March 2016 akak Milokaw pergi ke MMU Nusajaya, Johor atas urusan kerja. Kat sana petang dan malam tu sempatlah kami berjalan² dan makan² bersama beberapa org kawan sekerja. Dari MMU Cyberjaya ni cuma akak bertiga. Campur staff di Johor dan dari MMU Melaka, adalah 5-6 orang.


Tengahari tu kami lunch kat sebuah restoran Melayu iaitu nasi Beriani Gam. Tak jauh dari MMU Nusajaya. Tak ingat pula nama restoran tersebut, yg pasti sangat crowded dan pelanggan chinese pun ramai makan disini. Mana taknya, harga sangat murah dan berpatutan. Nasi beriani daging akak order ni pun cuma RM10. Lembut dan lazat you all. Tetibalah 'you all'.

Sebenarnya, beberapa hari sebelum ke Johor tu akak dok mengomel nak makan nasi Beriani murah dan sedap, tapi tak sangka rupanya rezekinya di Johor. Masa nak lunch dorang dok sibuk tanya nak makan kat mana? Akak diam jer, tiba² ada yg suggest makan di Restoran Nasi Beriani. Apalagi, meronta² kegembiraanlah hati akak Milokaw ni. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal.

Lepas habis kerja kami jalan² ke Primium Oulets Johor. Sekarang dah ada buka kat Genting, tapi akak belum pernah lagi ke Premium Outlets Genting. Baru ni ada kes perempuan melayu bunuh diri / dibunuh di Parkir P O G tersebut. Katanya jatuh dari tingkat atas. Tak pasti punca dan sebab sebenar. Hanya nampak berita tersebut viral di Facebook.

 Premium Outlets Johor - Credit: M-Suites Hotel JB

Premium Outlets Johor - Credit Johornow.

Ok, di bawah ini lah nasi lemak Wak Kentut. Entah kenapa nama nya agak geleman sikit mendengar dan menyebutnya. Pada mulanya akak semacam keberatan bila diajak makan disini, tapi lepas tu akak google tentang Gerai makan ini, Oh Glamour rupanya! Lagipun dorang cakap sedap. So, ikutkan saja.


Nampak simple saja kan gambar yg akak ambil ni? Ya, sebenarnya rasa nasi lemak ini dengan sambal dan ayam gorengnya tidak sesimple pandangan mata. Memang sedap, Alhamdulillah. Kalau sesiapa pergi ke Johor bolehlah mencuba Nasi Lemak Wak Kentut ni. Terletak di Taman Kulai. Seriously memang puas hati.....


Insyaa Allah kalau pergi ke Johor, bolehlah pergi gerai ni lagi. Cuma, kena bersabar sebab pelanggannya ramai macam di Restoran Nasi Beriani diatas tu juga. Bezanya, di Nasi Lemak Wak Kentut ni self service. Ala-ala restoran KFC gitu. Manakala di Restoran nasi Beriyani tu pula sama macam restoran lain juga ada perkerja yg ambilkan order.

Selesai makan di sini kami pulang kerumah, kemudian malam tu kami bertiga sambung lagi keluar jalan-jalan di Johor Bahru. Kawan akak yang dua orang tu bershopping di Pasar Karat Johor Bahru. Akak cuci mata saja. Selesai bershopping kami berhenti makan dan minum berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru sebelum balik kerumah. Jalan, jalan juga. Esok pagi kena kerja.

No comments: