November 02, 2017

Lewat Malam di Bukit Tujuh

Minggu lepas 26 Oct 2017 aku baru saja balik ke Merapoh, 4 hari 3 malam. Balik hari Khamis petang, sampai di Merapoh dalam pukul 9 malam. Ahad petang aku balik ke Seri Kembangan.

Wajah insan² yg ku sayang...Nenek dan ibuku ketika di Merapoh sebelum bertolak ke Seri Kembangan

Seronok balik kg, sebab agak lama juga aku tak balik. Last balik bulan 8 hari tu, bulan 10 baru balik. Macam biasa, bawa mak, wan dan ibu saudara aku jalan-jalan di Gua Musang. Itu saja yg terdekat. Nak ke Cameron Highlands sekarang musim hujan, tak seronok juga nak berjalan.

Esok atau Lusa Insyaa Allah aku nak balik ke Jengka 16 pula. Ada hal yg agak penting, selain rindukan keluarga dan adik² disana. Jengka aku baru jer balik tengah bulan 10 hari tu ngan Asfur, adik aku. Ni nak balik lagi...dekat boleh lah balik kerap sikit. Sehari-dua pun tak penat sangat. Merapoh tu agak jauh nak balik sehari-dua.

Masa balik Merapoh hari tu tak terfikir pula nak ambil gambar Gua Musang yg dh banyak berubah berbanding dulu. Bertambah maju dan meriah. Highway dari Padang Tengku ke Gua Musang pun dah nak hampir siap sepenuhnya. Selama ni cuma siap setakat Padang Tengku ke Merapoh jer. Makin cepatlah perjalanan tanpa mengambil masa yg panjang utk memandu jika terus ke Gua Musang.

Jalan Menyusur ke Bukit Tujuh - Credit: Lipis-Zaini.blogspot

Kalau dulu lalu Bukit Tujuh, memang agak mencabar dan lama utk sampai ke Padang Tengku dari Merapoh. Jalan yg sempit dan teruk, berbukit bukau, gaung kanan dan kiri, selekoh yg tajam sana-sini, dan bermacam kisah misteri dan seram terjadi disitu, kini pemandu tak perlu lagi lalu Bukit Tujuh, kecuali bagi yg saja nak merasai pengalaman jalan dalam yg penuh keheningan dan kesunyian.

Sebut tentang Bukit Tujuh tu, pernah pada tahun 2011 atau 2012 kalau tak salah, aku balik ke Merapoh berdua dengan mak dari Seri Kembangan. Bertolak dari sini pukul 1 malam, Jumaat. Dibandar pukul 1 malam memang lah terang benderang dan banyak kereta, melepasi Tol Sungai Besi, KL masih meriah dengan kenderaan. Seri Kembangan ni pun sebelah saja Sungai Besi. Tapi seusai melepasi tol Gombak, kereta semakin berkurang. Jalan pula semakin gelap dan sunyi. Pun begitu, tiada apa yg misteri pun sepanjang perjalanan Lebuhraya Karak tersebut. Kami dah biasa lalu lebuhraya tersebut. Tapi bukan diwaktu malam seperti itu.

Bukit Tujuh ketika berlaku kemalangan pada tahun 2009 - Credit: blog-3e.blogspot

Sampai di Bukit Tujuh lebih kurang pukul 3 pagi. Agak laju juga aku memandu, sementelah lori pun byk yg baik hati bagi laluan, dek kerana memikirkan buah hatiku yg kini adalah suamiku sedang menunggu (tidur di Surau Stesen Bas lama Gua Musang). Aku dan mak akan terus ke Gua Musang ambil dia, dan bawa ke rumah nenek kerana dia ada urusan di Gua Musang ketika itu. Datang dari Kota Bharu.

Sepanjang perjalanan tu aku dan mak banyak diam, maklumlah time orang tidur kami balik kampung pula tu. Dah la tu, lewat pagi. Kereta sebiji pun tak ada. Hanya alunan CD ayat suci Al-quran dan zikir menemani sepanjang perjalanan kami. Entah bagaimana, betul² atas puncak Bukit Tujuh tu tiba² keretaku terlanggar lubang ditengah jalan. Tapi masih dalam kawalan, serentak itu juga tiba² radio terhenti, kejutan wayar. Keadaan senyap dan sunyi. Aku diam, mak pun diam. Masa tu juga tiba² bulu tengkuk aku meremang sepanjang berada di laluan tersebut. Radio masih terus diam membisu. Ishhh...masa ni lah juga kau nak diam kan.

Tapi aku kuatkan semangat memandu dengan tenang menuruni bukit tujuh, dalam gambar tu kereta yg banyak tu sedang mendaki Bukit Tujuh, bayangkan aku menuruni Bukit Tujuh ni sebiji kereta jer tanpa ada sebarang kereta lain di laluan yg kosong tersebut. Di pagi yg gelap dan dingin. Tak lama selepas tu radio ku kembali pulih sediakala, dan bulu roma tengkukku dah tak tegak macam tadi. Masa ni juga aku berselisih dgn sebiji kereta yg baru nak mendaki laluan Bukit Tujuh ni. Adakah dia pun meremang bulu roma mcm aku kat puncak Bukit Tujuh tu?

Aku sampai di Gua Musang lebih-kurang 4.30 pagi. Esoknya aku berbual dgn mak, aku bagitau pasal bulu tengkuk tegak tiba² kat Bukit Tujuh tu. Lepas tu mak aku jawab, mak pun sama masa tu. Tapi malas nak cakap apa². diam saja lah. Ohh...rupanya? Ingatkan aku sorg jer yg rasa macam tu.

Kisah aku ni, bukanlah kategori seram pun. Tapi seriously, kalau sekarang orang suruh aku bertolak balik Pahang pukul 1 malam, bagi duit pun aku tak nak. Aku lebih rela tunggu esok pagi, unless ada urgent matter yg memang tak dapat elak. Pengalaman ni bila aku ingat balik, tak sangka aku sanggup meredah kepekatan malam demi orang yg aku sayang..........suamiku. Walaupun masa tu dia belum jadi suamiku.

Terkini, laluan Bukit Tujuh tu dah jarang dilalui kenderaan. Baru² ni pun mak saudara aku lalu jalan tu dah semak dengan dedaunan di atas jalanraya, kesan dari jarangnya kenderaan lalu-lalang. Hari tu pun ada pokok tumbang menghalang laluan jalan. Pemandu lebih memilih ikut Highway yg lebih selesa dan cepat. Mungkin hanya penduduk kampung berdekatan saja yg masih menggunakan jalan tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

Bukit tujuh tggal knangan

Suzi said...

ya lah...kenangan.