November 09, 2017

Mengapa Suzha Aura

Nama yg Akak Milokaw pilih untuk bisnes akak ini ialah Suzha Aura Enterprise. Bagaimana tercetusnya nama Suzha Aura ini? Sebenarnya.......panjang ceritanya. Ok, sebenarnya pendek jer. Akak saja cakap panjang.


Suzha Aura adalah cantuman nama akak sendiri Suzi, dan ha tu pula merujuk kepada nama suami akak. Nama dia Halv.... . TAPI, bukan merujuk dia sorang saja, sebaliknya nama mak dan abah akak juga.



H itu nama mak akak, iaitu Hasimah. dan A pula nama abah akak iaitu Abu. Jadi, terciptalah singkatan Suzha tersebut. Aura tu dipilih bagi menggambarkan semangat dan ion positif yg wujud dalam gandingan nama ini....ceewah, bukan main lagi Akak Milokaw.


Bermula penubuhan Suzha Aura Enterperise ini ialah pada August 2016, dan Alhamdulillah sehingga sekarang. Dah lebih setahun. Tapi Akak mendaftar di SSM Putrajaya ialah pada 6 November 2016. Tiga bulan selepas beroperasi. August hingga November tu akak baru nak tengok bagaimana marketing dan penerimaan pelanggan, awal November tu barulah akak putuskan untuk mendaftar secara legal atau sah.


Setakat ini Suzha Aura Enterprise hanya menjual dua produk iaitu Kapsul Manjakani 100% Asli dan Kapsul Patawali atau Akar Seruntun 100% Asli. Kedua²nya mempunyai khasiat yg berbeza. Tapi amat baik untuk kesihatan dan dalaman, Insyaa Allah.

Sungguhpun suami akak berkerja dalam bidang perubatan, tapi idea dan urusan perniagaan ni tidak dicampuri oleh dia sedikit pun. Tetapi, dia amat menyokong penuh apa yg akak Milokaw lakukan, sekaligus memberi modal n moral support. Kiranya pepandai ekau lah nak uruskan, ha ckp nogori gitu. Dan akak memilih produk ini kerana banyak terbaca di blog² dan forum wanita yg mengamalkan  makan Manjakani, tetapi harga yg agak mahal.


Jadi, akak terfikir mengapa tidak akak jual saja sambil amalkan untuk diri sendiri dengan harga yg lebih murah? Agar semua golongan wanita dapat membeli dan makan kapsul Manjakani ini tanpa mengira wanita yg berkerja atau hanya surirumah, dibandar mahupun yg berada di kampung, tanpa mengeluarkan kos yg mahal apalagi di saat ekonomi Malaysia yg sangat mengcengkam ini.

Itulah serba-sedikit tentang Suzha Aura yg dapat akak kongsikan kali ini :)
www.wasap.my/60122850957

No comments: