March 09, 2018

Misteri Jalan Lipis-Jerantut

Akak nak share pengalaman sebagai pemandu wanita yang memandu dimalam hari bersendirian, di tengah malam, melalui hutan dan kampung². Kisah ini ketika akak melalui jalan Lipis-Jerantut seorang diri di tengah malam.

Gambar hiasan - credit: officerhush.com

Masa tu akak baru saja mendirikan rumahtangga, suami tiada di Semenanjung. Akak balik dari Merapoh ke Jengka. Melalui jalan yang biasa akak lalu iaitu jalan Lipis-Jerantut. Jalan yang berbukit² dan bumper. Dulu pernah kawan akak dari Melaka ikut balik Pahang lalu jalan ni, tapi tak berani drive suruh orang lain drive sebab tangan dia menggigil takut jalan sempit dan teruk. Masa tu jalan lagi teruk dari sekarang.

Mana tak menggigil, kakak tu dah biasa jalan cantik, kampung dia pun tengah Melaka tu.

Gambar hiasan - credit: shutterstock.com

Aku bertolak dari Merapoh lebih-kurang pukul 9 malam. Sampai di Jalan Lipis Jerantut ni dalam pukul 11 malam. Lambat bertolak sebab lepak rumah mak saudara dulu, duduk berbual sedar² dah pukul 9.30 malam. Apalagi, Zass Zuuppppp akak bergegas bertolak.

Jalan kampung faham² sajalah, sudah tentu sunyi dan gelap waktu macam ni. Macam mana akak boleh berani bertolak sendirian dari Merapoh ke Jengka time malam macam tu? Ishhh. Kalau sekarang taubat aku tak nak. Seriously, bila fikir balik keberanian zaman silam, rasa macam tak sangka pulak kak Milokaw ni berani. Hihiii. Nak kata silam, tak adalah silam sangat. Macam 4-5 years ago. Kalau tak salah 2013 atau 2014 macam tu.

Sampai atas pada lipis tu sesekali terbau bangkai, busuk. Pasang Aircond tapi masih boleh dapat bau dari luar. Bau tu ada beberapa kali terjadi. Berselang-seli. Sekejap ada...hilang..dan ada semula. Dalam dua-tiga kali bau tu ada sepanjang perjalanan. Dalam fikiranku tentu bau tu adalah dari bangkai haiwan yang mati di tepi jalan atau dari dalam hutan berdekatan.

Masa tu sejujurnya tiada sikit pun rasa takut atau sangsi. Rasa biasa dan enjoy saja ketika memandu. Macam biasa akak pasang alunan zikir.

Kelajuan sederhana. Slow sangat takut lambat sampai, laju sangat takut terbabas. Itu membahayakan. Dalam asyik memandu, mata ni melilau juga melihat bulan mengambang penuh. Sungguh indah ciptaan Allah. Cuaca cantik namun awan sedikit mendung, pun begitu bulan masih lagi dapat menzahirkan diri di balik awan² gelap (sasteranya kau kak) Cahayanya lebih menguasai awan yang setompok. Asyik menoleh ke bulan sesaat-dua, aku kembali menumpukan pemanduan. Elok saja aku menurunkan wajah dari bulan, dibawah sebelah kanan jalan tanah perkuburan tersergam sepi bersama nesan² yg terpacak. Aku segera menoleh kedepan. Biasalah, apa nak ditakutkan kan? Tapi dalam hati tu terasa juga sebab sorang² kereta pun tak ada. Malam pula tu.

Kenderaanku terus memecah kesunyian malam. Selok-belok, turun-naik, elok saja seekor kerbau besar menutup jalanku. Aku break mengejut sambil beristigfar. Kenderaan segera membelok ke lorong sebelah. Syukurlah tiada kereta dan aku tidak terlalu laju. Kalau tak, memang kemalanganlah jawabnya. Gara² nak mengelakkan seekor kerbau jadian.  Selain itu aku juga turut melanggar lubang yang aku tak perasan dalam kegelapan, dalam pula tu. Gedeguuhhh! Bunyi kuat menghentam. Terasa macam nak meletup tayar dibuatnya. Alhamdulillah tak pancit. Nak turun check tak berani, tapi aku yakin tayar masih ok.

Sampai Jengka 16 hampir pukul 12. Abah dan suamiku sebenarnya tak suka aku memandu malam. Tapi tulah, akak Milokaw ni kadang² tak dengar kata. Esokkan paginya, adik lelaki akak dan abah check kereta. Macam biasa tolong tengok²kan. Rupa²nya tayar yang melanggar lubang semalam telah pecah sebesar duit dua puluh sen. Abah bising sebab bahaya memandu malam dengan tayar pecah katanya, boleh terbabas. Kiri-kanan jalan pula gaung. Kalau jatuh ke hutan tepi tu bukan siapa tahu malam² gelap macam tu. Semoga Allah jauhkan dari itu semua.

Hasilnya, terpaksalah akak menukar tayar baru. Nasihat akak pada wanita diluar sana, janganlah memandu waktu malam dalam hutan dan gelap bersendirian. Akak dah serik (konon²).

No comments: