March 20, 2018

Tiada dara, Suami Tahu Kah?

Maaf sebab topik ini agak sensitif. Akak hanya mahu membincangkan sedikit saja isu ini tanpa menyentuh perkara² yang lebih dalam.

Pic Credit: Ohbulan

Akak Milokaw pernah ditanya, "Adakah suami tahu jika kita tiada dara?" Soalan ini sebenarnya amat sukar untuk akak Milokaw menjawabnya. Sebab, Pertama: akak bukan lelaki. Kedua: Jauh sekali suami orang. Namun, ingin juga memberikan sedikit jawapan yang mungkin dapat membantu persoalan itu sedikit-sebanyak.

Well, kepada adik² mahupun kakak² yang kekusutan memikirkan persoalan ini, tenangkan fikiran anda. Setiap persoalan ada jawapan, tenang² saja. Lagi² jika anda adalah seorang yang masih suci, kenapa perlu kusut memikirkan semua ini? Tidak perlu kusut atau runsing.

Dara / Virgin bukanlah terlalu mudah untuk hilang begitu saja. Seperti ditiup angin. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bersukan atau aktiviti lasak boleh menyebabkan pecah dara. Sebenarnya, ketahuilah adik² Milokaw sekalian tidak semudah itu. Ya, mungkin ada kerosakkan sedikit (macam kereta pulak ayat ni), tapi bukan semudah itu. Maksudnya, dara itu masih ada. Walau mungkin telah tercalar sedikit oleh aktiviti lasak atau sukan yang anda lakukan. Kecuali anda melakukan aktiviti² haram seperti yang pernah viral (tertusuk mentimun, terung, dan sebagainya-sekadar contoh), ya Itu akan menyebabkan anda kehilangan dara. Sama seperti melakukan seks.

Persoalannya, adakah lelaki atau para suami kita tahu? Jawapannya, kenalah tanya orang lelaki. Gurau saja. Jawapan akak Milokaw, 'Ya, mungkin mereka tahu.' Tak kira sama ada dia lelaki bujang (masih suci), apatah lagi sudah berpengalaman (duda /suami orang) mahupun kaki maksiat (penzina). Biasanya, mereka tahu jika isteri mereka itu masih suci ataupun telah kehilangan dara.

Akak juga ditanya, "Bagaimana jika kita telah kehilangan dara, perlukah beri tahu suami?" Susah juga nak menjawabnya. Kalau ikut pendapat segolongan ustaz, rahsiakan saja dari bakal suami anda. Ya, disudut mudaratnya elok rahsiakan saja. Takut menimbulkan permasalahan lain apabila suami tahu kelak? Majlis kahwin terbatal, suami berubah hati, dan sebagainya.

Disudut fizikalnya, jika suami anda dapat rasa dan tahu anda telah tiada dara setelah bersama, risiko itu haruslah anda tanggung sendiri. Ustaz menjawab dari sudut aib & mudarat. Bukan dari sudut fizikal. Perubahan tubuh-badan memang tidak dapat dibohongi, apatah lagi dara hanya sekali. Takkan pernah sama dara yang dikurniai Allah sejak dari azali dengan pembedahan atau rawatan masa kini.

Nasihat akak, jagalah kesucian kita sebaik²nya hanya untuk suami seorang saja. Bukan untuk lelaki-lelaki yang tiada ikatan halal. Kesucian anda lambang keperibadian dan harga diri anda sebagai wanita Islam. Hadiah untuk seorang insan bergelar suami. Mungkin bagi segelintir, dara itu bukanlah isu besar, apatah lagi jika sudah bertaubat setelah hilang dara hasil perlakuan bebas, anda mungkin lebih baik dari orang lain. Tapi setidak²nya, tidaklah anda risau atau kusut kepala memikirkan bagaimana penerimaan suami anda kelak apabila tahu anda telah tiada dara? Jadi, jagalah kesucian diri sebaik²nya.

Beruntunglah jika mendapat suami yang tidak tahu isterinya tiada dara, atau saja buat² tak tahu demi untuk menjaga hati isteri tersayang. Ingatlah kata² yg dipetik dari Al-Quran ini, "Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, wanita yg keji untuk lelaki yang keji pula." Jadi, siapa pun pasangan kita suci atau tidak, baik atau jahat, itu adalah yg terbaik buat diri kita. Sama ada sebagai pencuci dosa² silam kita atau sebagai peningkat darjat kita disisi Allah SWT jika kita redha menerimanya.

----------------------------------------------------------------------------------
Kapsul Manjakani Asli 30 Biji RM10

No comments: