March 12, 2018

Tukar Sendiri Soket Dinding

Hari yang cerah ini Kak Milokaw nak kongsi sedikit ilmu. Yang mungkin bermanfaat kepada para pembaca diluar sana. Weekend semalam akak duduk rumah soket dinding bilik terbakar, bau hangit ingatkan apa rupanya dari plug dinding.

Tanpa berlengah masa akak whatsApp tuan rumah supaya tolong betulkan soket ni, malangnya dia berada di PD So, tak dapatlah nak repair minggu ini. Minggu depan baru balik. Akak berpeluh kepanasan. Jadi aku putuskan untuk merepair sendiri (bukan main lagi kak milokaw) Apalagi....akak pun google cara nak repair dan apa bahan²nya (Ingat ni masak kek ke) barang²nya.


Alhamdulillah, akak terjumpa satu entry yang sangat berguna dari tellingstory11.blogspot  Cara nak tukar soket. Boleh rujuk entrynya disini. Syukur tak terhingga kerana panduan yg lengkap dan bermanfaat. Terima kasih kepada Puan Tellingstory. Pembaca pun boleh rujuk disini jika menghadapi masalah yang sama.

Akak pun tak pasti apa motif playar gabung ini berada disini, sebab dia tidak diperlukan dalam proses ini. Mungkin lawatan tapak. Abaikan saja.

Berlubang dan tercabut plug akibat arus panas eletrik

Aku ikutlah step by step macam-mana nak buat. Mula² tanggalkan plug lama dari dinding. Kemudian tukar plug baru. What? Semudah A B C ? Tidaklah begitu, tapi kalau dah ada ilmu dan tahu caranya semuanya akan jadi lebih mudah. Akak ikut saja perintah arahan Tellingstory tu satu per satu.

  1. Sediakan peralatan selengkapnya. 
  2. Matikan suis utama rumah. Nanti kejutan letrik pulakk kau.
  3. Tanggalkan soket lama yang telah hangit rosak.
  4. Potong wayar lama yang rosak jika perlu.
  5. Pasang soket baru, pastikan wayar bumi wayar hidup wayar neutral tidak bercampur aduk dan duduk dikedudukan yang betul.
  6. Tadaaa....dah siap.

Pemandangan soket yang telah dicabut. Lompong dinding. Bawah, berselerak dan semak ketika kerja² dilakukan. Kekuatan mental dan fizikal adalah perlu ketika kerja ini dilakukan. Ecehh....macam memasak juga lah. Kena ada kekuatan. Kalau lemah dan malas tak jalan keja.

Gambar berselerak ini ketika semua proses telah selesai dan berjaya. Bukan main, sampai dua screw driver kau kak.

Peralatan yang diperlukan: Soket dinding. Plug baru (jika rosak). Test pen. Pemotong wayar. Screw Driver (gambar atas) Semua ini boleh dibeli di kedai Hardware atau DIY.


Gambar atas, bawah : Soket dan plug baru yang telah siap dipasang



Alhamdulillah, Inilah hasil kerja hujung minggu yang akak lakukan. Suami jauh kena reti banyak perkara. Tak boleh tunggu tuan rumah sebab akak tak tahan panas. Jadi, baik akak usahakan sendiri.

Oh ya, pastikan plug dan soket ada Sirim. Kalau beli cap ayam takut nanti pakai tak berapa hari meletup atau rosak pula. Untuk keselamatan dan long term effects biarlah yang berkualiti walaupun mahal sedikit.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Kapsul Patawali / Akar Seruntun Asli 30 Biji RM13

No comments: