May 30, 2018

Bazar Ramadan VS Pasar Malam

Hari ni akak nak cerita sikit tentang PARAM atau Bazar Ramadan. Ini hanyalah luahan peribadi, tidak bermaksud untuk menghasut atau mencetuskan kemarahan para peniaga dan peminat Bazar Ramadan.

Sejujurnya, setiap tahun bulan Ramadan akak jarang sekali pergi ke Bazar Ramadan. Sebab kecewa bila pergi dan membeli makanan tak seperti yg diimpikan. Rasa yang merosot dan akhirnya bakul sampah memanggil² makanan tersebut. Sangat menyedihkan.

Oh. Bukanlah semua. Ada juga makanan yang sedap² dan menepati citrasa. Tapi mungkin satu dalam 6 menu yang terhidang di bazar. Selebihnya indah khabar dari rupa. Terlihat sangat sedap, tapi rasa yang mengecewakan. Akak bercakap atas dasar pengalaman sendiri. Dan orang² yang tidak gemar bazar ramadan.

Berlainan dengan Pasar Malam atau Pasar Minggu. Selalunya makanan yang dijual tidak mengecewakan. Walaupun adakala terselit menu yang menjemput bakul sampah, tapi mungkin satu dalam 6 menu yang terhidang, selebihnya sedap dan memuaskan hati.

Mengapa begitu? Sebab orang yg berniaga pasar malam dan pasar minggu memang itu profesion mereka. Memasak dan berniaga hampir setiap hari atau minggu. Jadi, memasak pun sudah pakar. Maklumlah mainan harian. Sumber rezeki.

Berlainan dengan param atau bazar ramadan. Ramai yg berniaga disini hanya setahun sekali. Ketika dibulan ramadan saja walaupun tidak pandai memasak, mereka gigih menjual biarlah apapun tanggapan customer.

Walhasilnya, dah banyak kali akak kecewa membeli di bazar ramadan. Akhirnya aku memutuskan masak saja dirumah walaupun menu yg simple asalkan tidak terpedaya dengan menu dibazar ramadan yg terlihat menarik tapi mengecewakan.

Kalau teringin sangat nak beli diluar akak pilih gerai atau restoran yang biasa berniaga hari biasa tanpa menunggu bulan ramadan, Insyaa Allah tidak mengecewakan.

-------------------------------------------------------------------------------------
Kapsul Manjakani Asli 30 Biji RM10

No comments: