July 11, 2018

Doa Sebagai Pengubat Rindu

Dah lama aku tak menulis dalam Milokaw ni. Walaupun orang dah tak baca sangat blog² ni (termasuk aku sendiri) tapi aku teruskan juga untuk menulis didalam ni, setidaknya untuk diri sendiri. Sendiri tulis, sendiri baca. Tak apa, asalkan yg terbuku dihati ini dapat diluahkan.

Takziah pada suamiku sekeluarga diatas pemergian nenda tercinta. Suamiku sangat sedih. Tapi, Allah lebih sayangkan nenek. Aku faham perasaan sedih dan rindunya pada nenek yg telah tiada dan baru saja beberapa hari pergi. Perasaan itu takkan lenyap walaupun tahun berganti. Sebagaimana aku kehilangan atuk yg disayangi pada tahun 2005, hingga sekarang 2018 aku masih merindukannya.....melawat kuburnya setiap kali balik ke Merapoh adalah satu kewajiban bagiku, kecuali waktu uzur atau tak berkesempatan. Rindu takkan pernah lenyap hinggalah kita sendiri akan dijemput Ilahi.

Kalau rindu titipkanlah doa pada nenek setiap kali solat, atau bila² saja teringat. Tak kira sama ada tengah baring, duduk, memandu, buat kerja, nak tidur, mahupun sedang berehat atau dalam kesibukkan. Doakan untuk nenek yg tersayang. Pesanku buat suami. Memujuk hatinya yg kesedihan. Doa itu adalah tanda kasih dan rindu kita pada insan yg telah tiada. Doa itu mendekatkan kita padanya dan pada Allah khususnya, penyembuh segala kesedihan.

Aku tak mampu untuk ubati hati orang yg kesedihan. Kerana ubat kesedihan itu hanyalah masa. Dan kekuatan diri dalam menerima kenyataan. Tapi setidak²nya aku dapat hadiahkan kata² semangat pada suami agar tetap redha menerima pemergian neneknya. Begitu juga pada pembaca Milokaw (kalau ada) yg mengalami situasi yg sama kehilangan insan² yg dincintai atau disayangi. Tabahkan hati dan jangan berhenti berdoa pada Allah. Walaupun kita banyak dosa dan doa pun belum tentu dimakbulkan, jangan putus asa. Teruskan berdoa dan bersangka baik Allah akan memakbulkan segala doa dan permintaan kita. Dan moga menjadikan kita insan yang soleh dan solehah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kapsul Manjakani Asli 30 biji RM10

No comments: